Semester 1 tahun 3
Dewan Kuliah
Hani berjalan sendiri menuju ke dewan kuliah. Seperti biasa, Ain memilih untuk naik bas yang seterusnya sebab dia masih belum siap make-up apa semua.
"Hani, good morning!" sapa Firhad ceria. Kemunculan Firhad yang tiba-tiba buat Hani terkejut.
"Morning." Jawab Hani sepatah. Firhad berjalan beriringan dengan Hani. Hani kemudian menghidupkan telefonnya, tidak mengendahkan kehadiran Firhad disebelah.
Sedang mereka berjalan menuju ke dewan kuliah, Firhad ternampak Kim dan Afif yang juga sedang berjalan menuju ke dewan kuliah untuk kuliah mereka pagi itu. Matanya dan Kim bertembung kemudian Firhad memandang Hani yang masih focus scrolling Instagram.
"Hani, macam berat je beg kau, meh aku bawakan." Kata Firhad mesra kemudian dia mencapai beg galas Hani dari bahunya. Hani terkejut dengan tindakan Firhad yang tiba-tiba. Laju dia menarik kembali begnya.
"Kau dah kenapa?" soal Hani pelik dengan Firhad. Firhad sekadar senyum.
"Aku nak buat baik dengan kau, salah ke?" kata Firhad selamba. Dia sempat menjeling kearah Kim dan Afif yang berhenti dan menjadi pemerhati mereka.
"Gila kau ni." Hani kemudian terus masuk ke dalam dewan kuliah tanpa menghiraukan Firhad.
"Hani tunggu aku." kata Firhad sengaja dikuatkan bila dia nampak Afif dan Kim sudah menghampiri.
"Wah buat public display affection pula diorang ni. Aku dengan girlfriend aku pun tak buat PDA." Afif menggeleng sambil dia menarik kerusi. Kim menarik kerusinya sambil matanya masih memandang Firhad yang tidak putus bercakap dengan Hani. Tapi sepertinya Hani memberikan respon dingin pada Firhad.
Betul ke apa yang Fir bagitahu aku? Atau sebenarnya Hani yang tak nak show off relationship, cuma Fir je yang beria?
"Kau mana ada girlfriend." Kata Kim, memberi respon pada kata-kata Afif tentang girlfriendnya.
"Hah itulah kau. Sibuk dengan kerja. Member dapat girlfriend pun kau tak tahu." Kata Afif. Kim memandang Afif.
"Kau...memang serius ada girlfriend?" Kim mahu kepastian.
"Hah ni Afif lah. Pujaan hati para gadis." Afif mengeluarkan telefonnya.
"Hanalisa Arman. My beloved girlfriend. Cantik kan?" Afif menunjukkan gambar dia dan Lisa yang diambil semasa mereka keluar dating minggu lalu.
"Pandai kau cari yang lawa kan untuk jadi girlfriend kau. Dah berapa lama kau dengan dia?" soal Kim.
"Erm dalam sebulan lebih? Dia dulu yang tackle aku tau. Wah bersyukur aku dilahirkan dengan killer face macam ni." Kali ini Kim buat tidak dengar dengan kata-kata Afif. Masak sangat dia dengan Afif yang suka angkat bakul sendiri tu.
+++
Sebaik tamat kelas, Hani mencari bayang Kim. Kelas seterusnya adalah kelas Family Business.
"Hani, lepas ni kelas elektif kau kat fakulti kan?" soal Firhad.
"Haah." Jawab Hani namun matanya seperti sedang mencari seseorang.
Jumpa! Hani senyum sebaik dia nampak Kim yang sedang melangkah keluar dari dewan kuliah.
"Jomlah..."
"Aku gerak dulu. Bye." Belum sempat Firhad menghabiskan kata-katanya, Hani dan hilang mengejar Kim.
Hani, kenapa Kim... desis Firhad.
"Hi Kim! How's your holiday?" soal Hani. Kim buat tidak endah.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...