2 tahun kemudian
Kedai Buku Dinamik
"Miss! Supplier buku dah sampai." Bagitahu Irwina sebaik dia sampai di bilik pejabat boss.
"Oh dah sampai? Great!" Rina segera bangun dari kerusi dan menuju ke depan kedai di mana supplier sedang menunggu bersama buku yang dipesan.
Rina membuka kedai buku sebaik dia tamat belajar. Selepas hampir enam bulan tak dapat kerja di mana-mana, bapanya buka kan kedai buku untuk dia uruskan.
"Ni buku yang I order ke?" soal Rina sambil melihat ke dalam kotak yang dibawa keluar dari kenderaan supplier.
"Yup. Tapi collection buku dari writer yang you nak tu so far susah sikitlah nak dapat. Tapi bila-bila I dapat, I'll contact you segera." Kata supplier.
"Yeah sure. Irwina, bawa masuk kotak ni ke dalam dan restock." Rina mengeluarkan arahan. Irwina mengangguk dan dia mengangkat kotak itu. Malangnya kotak itu terlalu berat untuknya.
"Aih how come kau suruh your fragile worker angkat kotak berat macm ni Miss Arina?" soal Hani kemudian dia yang mengangkat kotak itu tanpa sebarang masalah. Irwina terkejut melihat Hani.
"Yang kau datang sini lagi kenapa? Tak ada kerja lah tu." kata Rina. Hani hanya buat muka kepada Rina kemudian dia membawa kotak masuk ke dalam kedai, diikuti oleh Irwina.
+++
"So tell me apa plan kau sekarang?" soal Rina sebaik dia mendapatkan Hani yang duduk membaca buku di meja yang khas disediakan untuk yang mahu membaca di kedai.
"Aku pun tak tahu. Dah dua tahun berlalu tapi tak ada satu company pun yang panggil aku kerja. Investor pun tak ada yang contact." Kata Hani sambil dia meletakkan kepalanya di atas meja. Dia mengeluh.
Sebaik dia tamat intern, dia tak dapat secure kerja tetap di syarikat tersebut. Jadi dia bekerja dengan ibu bapanya di Bok Bok Chicken. Sesekali dia pergi ke job fair, dan ada masa dia datang tolong Rina di kedai. Sampai pekerja Rina pun dah panggil Hani bos nombor 2.
"By the way, kau masih ada plan nak jadikan Bok Bok Chicken satu franchise?" soalan Rina buat Hani segera duduk. Hani mengangguk.
"Aku dengar ada satu program untuk start up. Maybe kau boleh try join tu sebab kat situ banyak investor datang." Rina menghulurkan satu flyer kepada Hani. Laju Hani mengambil dan membaca.
"Next week?! Okay I got job to do now. Bye Rina!" kemudian laju Hani menghilang.
+++
Rumah Hani
Hani duduk di meja di biliknya dan focus menaip proposal untuk dibentangkan semasa event tu nanti.
Knock! Knock!
"Masuklah." Kata Hani sebaik pintu biliknya di ketuk.
Pintu dibuka dan wajah Ain menyapa.
"Jom dinner kat luar Hani." ajak Ain.
"Alah kau ni. Aku tengah semangat buat proposal ni. By the way, bila kau sampai?" soal Hani. Ain sudahpun masuk ke biliknya dan duduk di katilnya.
"Baru je tadi." Jawab Ain.
"Fakhri ada balik sekali tak?" soal Hani.
"Lepas habis kerja nanti dia balik. Jomlah teman aku dinner kat luar. Ibu dengan abah katanya nak makan kat restoran je." Ain masih memujuk.
"Yelah yelah. Jap aku pakai tudung." Hani akhirnya mengalah dengan permintaan Ain yang kini sudah pun menjadi kakak iparnya. Ya Ain kini sudahpun berkahwin dengan Fakhri. Mereka sudah berkahwin selama 6 bulan.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...