[11]

459 43 0
                                    

Semester 1 tahun 3

Hani sampai ke kelas kemudian terus dia meletakkan kepalanya di atas meja. Matanya dipejam. Dapat tidur 10 minit sebelum kelas pun jadilah. Malam semalam seronok sangat dia tengok movie sampai jam 3 pagi baru dia tidur. Dia terlupa kelas hari ini bermula jam 8 pagi. Jadi apa lagi, mengantuklah dia jawabnya. Ain hilang ke cafe sebaik mereka sampai. Dia mahu beli sarapan katanya. Hani sudah lena ke alam mimpi. Apa yang jadi di sekelilingnya, dia sudah tidak kisah.

Firhad memarkir keretanya dan berjalan menuju ke kelas. Sampai dia kelas, laju matanya mencari bayang Hani. Dia senyum sebaik dia nampak Hani yang sedang terlena di meja. Terus dia berjalan ke arah Hani, perlahan dia menarik kerusi yang kosong di sebelah Hani dan duduk. Dia menongkat dagu melihat Hani yang sedang lena.

Aih tidur pun cantik. Desis Firhad. Dia masih senyum sambil melihat Hani.

Oh baik aku belikan dia nescafe. Firhad kemudian bangun dan berjalan keluar mencari mesin gedegang.

"Kim jom kita pergi gym sama-sama. Kau tengok lemak kat badan aku ni." rungut Afif sebaik mereka sampai depan pintu dewan kuliah.

"Siapa suruh kau tak bersenam sepanjang cuti hari tu. Aku yang kerja ni pun masih sempat exercise." Kata Kim. Afif mencebik dengan respon dingin Kim. Mereka melangkah masuk ke dalam dewan. Kim ternampak Hani yang sedang tidur di meja di barisan ke 3 dari meja pensyarah.

Tidur? Jarang aku nampak dia tidur dalam kelas. bisik Kim.

"Kim apalagi jom duduk kat barisan belakang. Port biasa." ajak Afif.

"Huh? Oh erm apa kata untuk kuliah pertama ni, kita duduk depan. Aku nak dengar briefing tentang subjek ni dengan lebih jelas." Kata Kim kemudian terus dia berjalan ke arah meja yang kosong di barisan ke 4, selang dua meja dari Hani.

"Hmm yelah." Afif sekadar mengikut Kim. Kenapa dia tiba-tiba nak duduk depan pula ni?

Ish apa yang aku buat? Kenapa aku sibuk nak duduk depan ni? Kim mempersoalkan keputusannya sebaik dia duduk di mejanya. Nak bangun semula dan pindah ke meja belakang rasa malu pula. Dewan kuliah sudah mula dipenuhi oleh classmatenya.

"Wei Hani! Awal kau tidur!" suara Rina mengejutkan Hani yang masih mamai. Dia menggosok matanya.

"Oh hi Rina." Sapa Hani. Rina duduk di meja kosong disebelah meja Ain, di sebelah kiri Hani.

"Siapa yang duduk sebelah kau tu?" soal Rina. Hani menoleh ke sebelah kanannya kemudian dia mengangkat bahu tanda dia tidak tahu.

"Hani good morning!" tegur Firhad. Rina terkejut melihat Firhad yang berdiri di sebelah Hani.

"Aih kau lagi." keluh Hani kemudian dia kembali menarik begnya dan meletakkan kepalanya. Masih ada masa 15 minit sebelum kelas. Dia nak sambung tidur lagi 5 minit. Firhad menarik kerusinya dan duduk.

"Kau buat apa sampai mengantuk sangat pagi ni?" soal Firhad. Rina menjadi pemerhati perbualan Hnai dan Firhad. Terlalu banyak persoalan tentang Hani dan Firhad namun dia tak tahu mana satu yang dia nak tanya dulu.

"Movie." Jawab Hani pendek. Dia masih tidak menganggkat kepalanya dari meja.

"Bangunlah. Ni ada nescafe." Firhad meletakkan satu tin nescafe di atas meja Hani.

"5 minit. Lepas 5 minit aku bangun." Kata Hani.

"Ok. Aku buat timer." Firhad betul-betul set timer untuk Hani tidur.

"1 minit...2 minit...3 minit..." Firhad buat countdown. Hani naik geram. Penyudahnya dia mencapai buku nota dari dalam begnya.

"Hani tinggal 2 minit. Lepas ni..." belum sempat Firhad menghabiskan ayatnya, laju Hani menghayun bukunya ke lengan Firhad berkali-kali. Firhad menepis sambil ketawa.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now