Bok Bok Chicken
Hani duduk sendirian di sebuah meja bersebelahan dengan tingkap yang menghala ke parkir, menanti ketibaan Kim. Kata Kim, hari ini Kim mahu datang dengan membawa kek kegemarannya. Hani menanti dengan penuh teruja. Sesekali dia melihat jam tangannya, sesekali dia membetul duduk, membelek cermin kalau-kalau make-up nya ada cacat di mana-mana. Walaupun kata Kim mereka tidak kemana-mana, sekadar duduk di meja makan kek, pada Hani, itu dah macam date.
Wah nervousnya aku... bisik Hani sambil menarik nafasnya.
Setengah jam berlalu dari masa yang Kim janjikan namun bayang Kim masih tidak terlihat di mana-mana. Hani melihat telefonnya yang kosong.
Stuck jem kot. Hani cuba berfikiran positif.
Satu jam....dua jam... tiga jam berlalu namun Hani masih di situ. Dia menongkat dagu sambil melihat keluar.
Puan Hajar menyiku Encik Rahim dan menuding kearah Hani.
"Berapa lama lagi dia nak duduk tunggu kat situ?" soal Puan Hajar. Encik Rahim angkat bahu.
"Pergilah pujuk dia suruh dia naik atas." Kata Puan Hajar lagi. Kemudian perlahan Encik Rahim mendekati Hani.
"Hani." Encik Rahim menyentuh bahu Hani.
"Naiklah. Abah tak rasa Kim datang hari ni. Dia ada hal kot." Kata Encik Rahim. Hani senyum segarit kemudian dia naik ke rumah dengan dibantu Encik Hakim.
Sampai di biliknya, Hani membuka whatsApp nya. Namun mesejnya masih lagi single tick.
Kemana pula dia pergi...
+++
Emerald Hospital
Perlahan Kim membuka matanya dan dia dapat melihat persekitaran yang tidak asing di matanya. Dia mengeluh.
"Kim, kamu dah sedar?" suara Datin Hanani menerpa telinganya. Kim cuba bangun dari katilnya namun dihalang ibunya. Dia kembali baring.
"Dah berapa lama Kim pengsan ma?" soal Kim.
"Dari petang tadi. Kan mama dah cakap jangan overwork? Bulan ni je dah berapa kali jadi macam ni? Kamu lupa ambil supplement kan?" bebel Datin Hanani. Kim sekadar senyum. Memang dia lupa pun. Ni mesti dia pengsan masa dia mahu keluar semula untuk membeli kek sebaik dia selesai menukar pakaian selepas dia pulang dari pejabat.
"Papa kamu pun satu. Bagi kerja kat kamu macamlah kamu dah ambil alih syarikat...." Dalam Datin Hanani khusyuk membebel, perlahan mata Kim memberat. Badannya terasa begitu lemah. Nilah padahnya bila dah hampir tiga minggu lebih tidur tak menentu, mana nak selesaikan assignment, mana nak ambil tahu hal syarikat.
"Ma..." Kim memegang tangan Datin Hanani. Terus Datin Hanani berhenti membebel.
"Kim nak rest lagi lah. Nanti tolong letakkan telefon Kim kat meja sebelah ya." pinta Kim. Hani mesti sedang menunggu dirinya dan alasan kenapa dia tidak dapat hadir petang tadi.
I'm sorry Hani...
+++
Rumah Hani
Hani duduk di ruang tamu, berfikir patut atau tidak dia telefon Kim. Hampir empat hari Kim berdiam diri. Mesej dia yang dia hantar hari dulu pun masih belum berbaca. Hani mengeluh. Hari ini hari dimana dia perlu membuang balutan di kakinya dan perlu ke klinik.
Patut atau tak aku call dia ya... Hani masih berkira. Sebab Kim ada sebut sebelum ini bahawa dia yang akan membawa Hani ke klinik untuk membuang balutan di kakinya itu.
YOU ARE READING
Dear Hani ✅
RomanceThe story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasiha...