[24]

430 35 11
                                    

Study Week

Rumah Sewa Hani

Ain berjalan menuju ke bilik Hani selepas bayangan Hani tidak kelihatan di mana-mana. Biasanya minggu study week macam ni, Hani ada je kat rumah. Dia membuka pintu bilik Hani dan biliknya kosong. Ain kemudian mendail nombor Hani. Deringan kedua barulah Hani angkat.

"Yes. Ada apa?" soal Hani di hujung talian.

"Kau kat mana wei? Kata nak lunch sama dengan aku hari ni." kata Ain.

"Ya Allah. Sorry sis. Aku lupa. Erm... aku kat library ni..."

"Dengan Kim?" Ain memotong kata-kata Hani.

"Hehe." Dengan respons begitu Ain dapat bayangkan bahawa Hani sedang tersengih di sana. Ain mengeluh.

"Aih lupa aku kau sekarang ni dah ada boyfriend. Study pun dah tak ajak aku. Tak apalah, aku lunch sendiri jelah. Bye." Terus Ain mematikan talian.

This girl kan... Ain menggeleng kepala kemudian dia mencapai tuala dan mandi untuk bersiap turun ke mall untuk lunch.

+++

Library

Hani melihat telefonnya sebaik Ain mematikan talian tiba-tiba tadi. Rasa bersalah datang di hatinya.

"Siapa yang call? Kenapa reaksi awak macam tu?" soal Kim. Dia baru duduk selepas mengambil buku rujukan.

"Ain call tadi. Dia ajak saya lunch and saya betul-betul terlupa yang saya ada janji nak lunch dengan dia hari ni." kata Hani.

"Oh kalau macam tu, balik jelah. Kita boleh continue study esok. Lagipun dah tak banyak yang nak kena cover." Kata Kim. Dia focus menyelesaikan tutorial dengan bantuan buku rujukan.

"Balik and stop our library date? No no no." kata-kata Hani buat Kim ketawa.

"Okay then, jadi awak nak buat apa sekarang ni?" Kim menyandar pada kerusinya dan melihat Hani. Hani sudah tersenyum.

"Saya tahu siapa yang boleh ceriakan my dear Ain tu." kata Hani kemudian dia mendail satu nombor.

+++

Sushi King

Ain duduk sendiri sambil menikmati bentonya di sebuah meja di satu sudut. Tiba-tiba dia dapat call dari Fakhri. Hampir tersedak dia sebaik melihat nama pemanggil sebab tak pernah-pernah dia mendpaat call dari Fakhri. Memang dia simpan nombor Fakhri tapi tidak pernah dia whatsApp atauoun contact Fakhri. Ain meneguk air kemudian berdehem sebelum dia mengangkat panggilan dari Fakhri.

"Hello, assalamualaikum." Sapa Ain dengan penuh sopan. Yelah crush telefon kot.

"Waalaikumussalam. Ain, you kat mana sekarang?" soalan Fakhri buat Ain terkejut.

"Oh saya kat Sushi King, tengah lunch. Kenapa?" soal Ain.

"Great. Abang pun ada dekat dengan Sushi King ni. Erm, is it okay kalau abang join Ain lunch atau Ain dengan someone?" saat mendengar kata-kata Fakhri, terus sejuk jari jemari Ain saat dia memegang telefon itu.

"Tak. I mean, okay je. Ain pun sorang-sorang je ni." jawab Ain.

"Okay. Sekejap lagi abang sampai." Kemudian talian dimatikan. Ain laju meletakkan telefonnya di meja dan merenungnya.

"Aku mimpi ke?" soal Ain kemudian dia mencubit pipinya. Sakit. Jadi apa yang berlaku ni? Ain tak dapat nak proses apa yang berlaku. Kenapa Fakhri tiba-tiba call dia? Dan sekarang Fakhri on the way untuk lunch dengan dia?

Saat itu dia perasaan sekumpulan gadis yang duduk selang satu meja dengannya mula berbisik sesama sendiri dan menunjuk ke satu arah. Akibat ingin tahu, dia melihat kearah yang ditunjukkan. Rupanya saat itu Fakhri sedang berdiri sambil melihat sekeliling, mencari dirinya mungkin. Kehadiran Fakhri di dalam kedai itu buat banyak mata memandang kearahnya.

Dear Hani ✅Where stories live. Discover now