51 - jantina

21.7K 2K 672
                                    

Fahri menutup komputer ofis dan mengemas mejanya.

Luqman, rakan sekerjanya yang duduk bersebelahan kubikel Fahri mengerutkan kening. Dia melihat jam di tangan.

"Baru pukul 12 setengah. Asal awal sangat kau bersiap nak lunch?" Luqman bertanya.

Fahri terhenti sebentar, memandang kawannya itu lalu dia membuat gaya seperti memotong sesuatu.

"Aku tak faham bahasa isyarat kau." Luqman berkata.

Fahri mengeluh, "Aku half day hari ni."

"Asal?"

"Teman isteri check up."

Luqman mengangguk. "Hari ni kau bakal tahu jantina anak kau ke?"

Fahri mengangguk laju seperti budak kecik. Luqman tergelak melihat Fahri membalas begitu. Comel.

"Kau nak anak laki ke perempuan?" Tanya Luqman.

Fahri menggeleng.

"Takde jantina?" Luqman bergurau.

Fahri menggeleng laju. "Tak kisah." Dia menjawab sambil mengemas meja. "Anak lelaki boleh ajak dia main bola..."

"Maknanya kau nak anak lelaki lah ni?" Luqman bertanya lagi.

"Tapi kalau anak perempuan mesti lagi comel."

"Kenapa anak perempuan lagi comel?"

"Sebab mesti dia ikut muka Amirah."

"Pft." Luqman hampir tersedak mendengar. "Kalau muka dia macam kau camne? Hahaha."

Fahri terhenti lagi. Kemudian dia termenung.

"Perangai dia mesti ikut Amirah." Fahri menjawab.

"Bertambah bisinglah rumah kau nanti, ya?"

Fahri tersenyum. Bila dia terbayangkan keriuhan rumahnya selepas ada anak nanti, senyuman dia jadi semakin lebar.

"Aku pergi dulu." Fahri mula beredar.

"OK kirim salam kat isteri kau. Nanti share share sikit happy news korang."

Fahri mengangguk lalu keluar ofis selepas punch card.

♥️

"Jadi jadi jadi sempena nak celebrate gender anak kita, kita akan pergi bercuti!" Aku mengumumkan cadangan sebaik saja kami tiba di rumah selepas check up tadi.

Fahri mengerutkan muka, "Ada ke orang celebrate benda ni?"

"Shush! Kalau tak ada, kitalah orang first! Jadi, awak nak pergi mana, Riri? Pantai? Highland? Sungai? Bandar lama?" Aku bertanya Fahri dengan excited.

"Bandar lama tu mende?"

"Alaa, bandar-bandar aesthetic gitu. Macam Penang, Ipoh, Melaka."

Fahri mengangguk, "Saya... Tak kisah."

Aku mencebik.

"Kalau camtu saya decide." Aku berkata.

"Em."

Tapi, kalau aku decide, memang semua tempat aku nak pergi. Hmm.

"Saya nak tempat yang ada banyak makanan." Aku mencadang.

"Awak ni tak habis-habis dengan makanan."

"Eleh, dah tu? Itu cadangan saya. Awak ada cadangan ke?" Aku mula menaikkan suara.

C | CuddleWhere stories live. Discover now