76 - rambut part ii

15.3K 1.7K 333
                                    

"Kalau Rinie nak datang rumah boleh?"

Apakah? Fahri dipaksa bangun tidur untuk mendengar berita buruk ni? Best friend isteri dia yang benci kat dia nak datang rumah? Dengan rambut Zennirah macam tu? Kalau Amirah tengking dia, Rinie dengar macam mana? Mesti Rinie rasa Fahri tak berhak untuk Amirah. Pastu dia hasut Amirah untuk minta cerai—

"Hello, sayang. Are you there?" Suara Amirah mengganggu lamunannya.

"Boleh." Sepatah Fahri menjawab. Dia terlupa nak letak 'tak' kat depan. Dia tak nak Rinie datang. Tapi Fahri tak reti menolak kalau ada libatkan orang lain.

"Yeay, thank you! Nanti saya belikan dinner. Bye." Amirah memutuskan panggilan.

Fahri termenung. Habislah. Mindanya bercelaru. Anxiety 📈📈📈.

Masa berlalu dengan sangat cepat. Sejam kemudian, kereta Amirah sudah memasuki halaman rumah.

Dalam masa sejam tu jugak, Fahri datangkan satu idea sementara Rinie ada kat rumah. Dia dah siap-siap pakaikan bear cap pada kepala Zennirah supaya tersorok bangs hancur yang Fahri buat.

"Assalamualaikum. Fahri, saya dah balik." Sapa Amirah seraya masuk ke rumah.

Fahri menyambut dua manusia di pintu rumah. Sambil dia mencium dahi Amirah, dia dapat rasakan renungan penuh judgemental daripada Rinie.

"Mana Zennirah?" Amirah bertanya sambil mengatur langkah ke arah bilik tidur.

Fahri mula panik, cepat-cepat dia meletakkan beg plastik makanan di atas meja makan lalu memecut ke dalam bilik tidur.

"Hai, shayang mummy!" Amirah menyapa anaknya yang sedang terduduk di atas katil dengan bear cap menyorokkan rambutnya.

Fahri menutup pintu bilik rapat. Jantungnya berdegup laju melihat Zennirah tersenyum riang sambil merangkak ke dalam dakapan ibu.

Belum sampai satu minit selepas Amirah mendukung Zennirah, Zennirah sudah mula rasa serabut dengan topi dia, lalu menanggalkan bear cap tersebut dengan tangan sendiri.

The look of horror tertampal pada wajah Amirah dan Fahri. Amirah ternganga melihat rambut Zennirah manakala Fahri terjegil melihat Zennirah berbuat demikian.

"Oh my—" Amirah mati kata seraya memandang Fahri.

Fahri cuba sedaya upaya untuk tidak memandang Amirah. Dia terus duduk tunduk di hadapan Amirah.

"Apa jadi kat rambut dia?" Amirah hampir menjerit. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang dia nampak.

Fahri diam.

"Fahri?" Amirah memanggil untuk dapatkan jawapan.

Masih diam.

"Fahri, speak now." Kata Amirah dengan tegas. Dia mahukan penjelasan.

"Saya... rasa dia comel." Fahri cuba membela diri.

"Kenapa awak potong rambut dia?" Amirah tidak mengendahkan alasan Fahri.

Beribu sesalan dirasai Fahri, "Tiba-tiba rasa teringin nak potong." Tapi dia jawab jugak dengan jujur.

C | CuddleWhere stories live. Discover now