17 - positions

36.3K 2.1K 278
                                    

Kchak!

Aku serta merta pandang ke sumber bunyi tersebut. Fahri sedang menghalakan kamera phonenya ke arah aku.

"Hah! Kantoi tangkap gambar saya." Aku mengusik dia.

"Perasan. Saya tengah selfie." Fahri menunjukkan gambar selfienya yang baru dia tangkap tadi untuk membuktikan kata-katanya.

Aku mencebik kerana aku salah. "Apa-apa pun, awak tak nak tangkap gambar saya ke? Buat jadi wallpaper baru awak hehe."

"Tak nak." Ringkas dia menjawab.

Aku menjeling dia tanda marah lalu berjalan meninggalkan dia.

Kemudian langkah aku terhenti. Aku menoleh belakang ke arah Fahri lalu bertanya, "Kenapa awak selfie sorang-sorang?" Sambil menunjukkan ekspresi curiga.

"Ha, nak judgelah tu."

"Tak, tanya je."

"Saya selfie sebab pemandangan cantik dan saya nak hantar gambar tu kat makwe saya."

"Makwe?"

Dia mengangguk.

Aku mengecilkan mata manakala dia hanya tersenyum nakal.

"Lawak ke?" Aku mencubit dia. Dia tergelak je.

"Saya tak tipulah. Betullah saya nak hantar gambar tu kat makwe saya." Fahri masih lagi dengan penjelasannya.

Sekilas itu, phone aku berbunyi.

Aku melihat phone dan membaca notification pada lock screen.

Riri sent you a picture. Aku membuka mesej tersebut. Terpampang gambar selfie dia sebentar tadi.

"Heheheheheheheheh..." Aku tersengih seperti orang gila sambil menukar wallpaper aku ke gambar itu. "Saya ke makwe awak?" Aku menyoal.

"Awak bukan makwe saya ke?" Dia menyoal balik.

"Haah, saya makwe awak. Saya isteri awak. Best friend awak. Apple pie awak. Saya honey bunch, sugar plum, yumpy umpy pumpkin, saya sweetie pie awak." Aku memeluk tangannya sambil berjalan.

"Apa lagi?"

"Saya peminat awak. Crush awak. Perempuan idaman awak. Sumber kebahagiaan awak. Apa lagi awak nak?" Aku dah mula menggedik.

"Chef saya. Alarm clock saya. House cleaner saya. Private assistant saya." Fahri menyambung.

Senyuman aku lesap. Aku menjeling dia lagi. Fikir dia kelakarlah tu?

"Kenapa pandang camtu?" Tanya Fahri.

"Takde apa-apa." Aku memuncungkan bibir.

"OK, nak aiskrim?

"Ha?" Suddennya dia punya soalan. Memang betul-betul tukar topik ni.

"Nak aiskrim?" Dia mengulangi soalan.

"Awak ni kenapa? Tiba-tiba je."

"Saya belikan aiskrim triple scoop untuk awak."

Aku terdiam.

"Nak?"

"Nak." Aku berkata dengan perlahan.

"Jom." Dia menghulur tangannya kepadaku. Aku mengambil tangannya dan biar digenggam di sisi.

"Kenapa awak ni tiba-tiba sangat..." Aku menggumam.

"Saya tak nak cinta hati saya marah kat saya lama-lama." Dia buat ayat geli.

Aku mengetap gigi. "Pastu? Awak gunakan aiskrim untuk pujuk cinta hati awak tu?"

Dia mengangguk, "Sebab saya tahu soulmate saya suka makan."

"Soulmate ke cinta hati?"

"Bidadariku." Dia berkata tanpa sebarang senyuman dan menggunakan intonasi yang mendatar.

Aku menelan air liur lalu menutup muka aku dengan tangan sebab malu. Wah wah wah kemain kau Fahri. Walaupun cheesy tapi hati aku berdebar.

"Kenapa?" Fahri menyoal.

"Saya.. Saya rasa saya boleh mati dengan aman sekarang." Aku menjawab.

"Jangan camtu. Dosa awak banyak lagi."

"Hmm, betul jugak." Aku memuncungkan bibir lalu berkata, "Kalau awak senyum sambil cakap tadi, mesti lagi besar impak dia kat saya. Mungkin saya akan cair time tu jugak."

"Kalau saya senyum, itu bukan saya."

"Haha, kelakar."

"Betullah."

"Ada saya cakap tak betul ke?" Aku memandang dia dan dia memandang aku. Beberapa saat kemudian kami pandang ke hadapan semula.

"Jom makan aiskrim." Aku berkata.

Dia mengangguk.

C | CuddleWhere stories live. Discover now