26 - rahsia

27K 2K 114
                                    

"So, your team kena kira betul-betul setiap kos. And then generate setiap section....." Fahri berkata dengan petah dalam mesyuarat tu.

Aku tak biasa tengok Fahri kat tempat kerja. Tapi bila dah ditakdirkan kerja bersama ni, aku kena biasakan diri dengan new normal. Ehe.

New normal untuk 2 bulan.

Aku tengok Fahri lama-lama dan mula membandingkan Fahri zaman kerja dengan Fahri zaman belajar.

Kalau dulu Fahri bongkok sedikit sebab dia tinggi, sekarang belakang dia dah straight dan posture badan dia dah dibetulkan. Fesyen Fahri dulu dan sekarang masih maintain simple, tapi sekarang dia lagi kemas dan segak. Rambut dia pun distail kemas, bukan serabai macam dia waktu student dulu.

Tali leher yang aku simpulkan kemas terletak di tengkuk, baju kerja warna maroon tuck in dalam seluar slack warna beige. Ya, pakaian kerja dia tak banyak beza dengan apa yang dia pakai waktu universiti, tapi baru sekarang aku nampak betapa berkali-kali ganda lagi hensemnya dia waktu dia kerja.

Dulu sebelum kahwin aku selalu hairan kenapa orang cakap Fahri tak hensem. Aku sorang je ke yang nampak dia ni lelaki paling hensem kat dunia?

Lepas kahwin aku dah tak kisah dah pasal semua tu. Biar aku sorang je yang suka dekat dia. Dorang tengok rupa je, dorang tak tahu yang Fahri ni lelaki paling romantik kat dunia. OK takdelah sangat tapi aku just nak cakap aku beruntung kahwin dengan Fahri.

Aku tersenyum melihat Fahri dengan berkarismanya mengetuai mesyuarat pagi tu. Wah, laki aku tu ehehehe.

"Amirah, boleh conclude apa yang saya present tadi?" Fahri tanya aku soalan cepumas sekaligus mengganggu lamunan aku. Eee, sengaja je aim aku.

"Generate section, locate beam, kira cost." Nasib baik aku dapat jawab.

"Dan?" Fahri bertanya.

"Dan?" Aku tanya balik sambil mengerut muka. Apa lagi? Bukan tu je ke?

"No flirting." Kata pengarah projek yang turut ada dalam mesyuarat tu.

What? Aku masih clueless. Angau sangat ke aku tadi sampai tak dapat catch up part ni?

"Pastikan no romantic relationships antara pekerja ganggu projek ni." Fahri menerangkan.

"Haa, okay...? No problemo." Aku mengangguk faham walaupun aku pelik kenapa topik tu dikemukakan dalam mesyuarat.

Semua orang dalam mesyuarat tu tergelak. Fahri tersenyum sinis kat aku.

Oh engkau.

👔

"Colleagues, you are required to be nice to each other. And please, no flirting." Ujar pengarah projek kepada sekumpulan pekerja gabungan dua syarikat.

Aku di situ hanya menundukkan kepala apabila mendengar kata-kata bos, Fahri pula berdiri betul-betul di sebelah aku.

'No flirting'. Urm, ujian jenis apakah ini?

Company aku dengan Fahri kena bekerjasama dalam satu projek. Hah, aku ingatkan aku tak perlulah rindu Fahri lagi selama dua bulan setengah aku dengan dia bekerja di bawah bumbung yang sama.

Tapi, apa yang datang lagi teruk daripada biasa. Aku tak boleh cakap dengan dia walaupun dia ada depan aku?

"OK, boleh mula kerja. Aidan dan Amirah, tolong pantau semua kerja." Bos mengarah selepas mengagih tugas.

"Baik." Aku dan Fahri serentak menjawab.

Selepas briefing habis dan pekerja bersurai ke compartment masing-masing, aku berbisik kepada Fahri, "Um, excuse me. Kenapa tiba-tiba nak tekankan 'no flirting' tu?"

C | CuddleWhere stories live. Discover now