28 - chemistry

25.4K 2K 275
                                    

Aku nak gi toilet.

Tak tahan dah ni.

Bila meeting ni nak habis agaknya? Tak boleh bercakap lama lagi ke dorang ni? Haih.

Aku mengerutkan muka. Rasa nak nangis. Aku pandang Fahri yang sedang duduk bertentangan aku sambil khusyuk mendengar meeting.

Dia mengalihkan pandangannya ke arah aku dan mata kami bertemu.

Aku wink dan mengangkat mini love tunjuk kat dia ketika semua orang lain sedang fokus tengok skrin. Dia pandang aku blur, geleng kepala sedikit lalu kembali pandang ke arah skrin.

Haih, aku ni tak ada kerja betul kacau orang waktu meeting. Nak buat macam mana? Aku tak boleh fokus dah sekarang.

"Aimi... Aku nak pergi toilet. Boleh tak?" Aku berbisik kepada Aimi di sebelah aku.

"Apahal tanya aku? Pergilah kau senyap-senyap. Kau merangkak." Aimi membalas bisikan.

Aku mengangguk lalu dengan perlahan aku bangun dari kerusi dan terus duduk atas lantai. Dari situ aku jalan itik ke pintu keluar.

Jangan risau, tak ada sesiapa boleh nampak.

Dan aku berjaya keluar tanpa menarik perhatian sesiapapun.

Fuh, lega! Now toilet we go!

🦆

Aku baru je habis basuh tangan. Keluar dari tandas aku ternampak orang ramai berpusu-pusu keluar dari bilik mesyuarat aku tadi. Hoh, dah habis ke? Tak sia-sia aku keluar awal.

Aku tunggu tak ada orang dah keluar dari bilik tu, kemudian aku masuk ke dalam bilik tu untuk mengambil buku nota aku.

Lampu dalam bilik mesyuarat masih terbuka, menandakan ada orang lagi dalam tu. Dan orangnya itu ialah, jeng jeng jeng! Bos! Dan tak lain tak bukan, Fahri!

"Amirah, panjang umur. You gi mana tadi?" Bos tanya aku.

"Saya pergi toilet sekejap. Kenapa bos?"

"Saja nak cakap dengan the two of you. Progress kerja bagus. You orang berdua memang ada chemistry. Keep up the good work sampai projek habis." Sempat pulak bos aku buat ucapan kat situ.

Aku tersengih kepada bos.

Fahri yang ada di depan aku berkata, "Terima kasih."

"I was right to choose you as the project leader. Syabas." Bos tak henti-henti memuji aku.

"Alaa, bos ni. Malu la saya. Lagipun Fahri banyak tolong saya."

Selepas aku cakap ayat tu, Fahri membesarkan mata. Bos mengerutkan kening.

"Fahri? Siapa tu?" Tanya bos.

Oh shoot. Aku tersebut Fahri ke tadi? Good job Amirah sebab careless.

"S-Saya. Nama saya Aidan Fahri." Fahri menjawab.

"Oh, wow. You two memang rapat ke macam mana?"

Bos ni tiba-tiba macam ajak bergosip pulak.

C | CuddleWhere stories live. Discover now