72 - baby sayang

18K 1.8K 472
                                    

"Handsome tak aku?" Irsyad bertanya sahabatnya merangkap bakal abang ipar, tak lain tak bukan, Fahri.

"...Hm." Fahri menjawab nak tak nak.

"Bapak ah, kau masih tak restu ke aku nak kahwin dengan Amalia?" Irsyad mencebik.

Bukan tak restu, cuma masih tak percaya selama ni kawan baik sendiri tengah bercinta dengan adik sendiri. Fahri mula overthink, mungkin Irsyad kawan dengan Fahri sebab Amalia je?

.

.

.

Tak kot. Dorang best friend sejak tadika.

"Majlis nak start." Fahri menukar topik.

"Nervous bodo." Irsyad memeluk tangan Fahri sambil mereka berjalan ke arah pintu masuk rumah Fahri, sambil diiiringi dengan ahli keluarga Irsyad yang lain.

Fahri tergelak kecil, "Ni baru tunang. Nikah nanti lagi la."

"Jangan ingatkan aku. Seram sejuk." Irsyad mengetatkan lagi pegangannya pada tangan Fahri. Nak mengajuk gaya perempuan bila berjalan dengan kawan. Gurauan dorang ni takut boleh jadi penyebab Amalia tak jadi tunang je.

💍

"Congrats on your engagement! " Amirah mengucapkan tahniah kepada bakal mempelai.

Amalia tersenyum riang, "Thank you, Kak Mirah. Hehe."

"Hehe, thank you Kak Mirah." Irsyad turut sama, mahu mengusik.

Langsung senyuman Amirah hilang, "Oh my gosh, jangan panggil aku camtu. Menyampah."

Mereka semua tergelak. Irsyad berpaling kepada Fahri pula, "Apa khabar, abang Aidan?"

"Aku tumbuk ko kang." Fahri berkata.

Irsyad memuncungkan bibir, "Family Amal ni garang betul." Dia mengadu kepada tunangnya.

Amalia ketawa lalu bertanya, "Abang dah makan belum? Jom makan."

Selepas mereka berdua berlalu pergi, tinggallah Amirah dan Fahri bersama Zennirah di situ.

"Uwu, abang~" Amirah teruja mendengar gelaran yang digunakan Amalia terhadap Irsyad.

"Kenapa?" Fahri tanya.

"Tak rasa ke abang tu sweet?"

Fahri menggeleng. Sebenarnya Amirah tak pernah panggil Fahri abang kecuali waktu dia form 2 dulu. Waktu tu Fahri tak kisah mana, apa yang dia mahukan hanyalah Amirah untuk diam. Itu je.

"Yeke? Abang." Amirah try test panggil Fahri dengan gelaran tu.

"Hm."

"Abang lapar? Mirah dah masak tau." Amirah berkata semanja yang boleh.

Fahri mengelipkan mata dua kali. Um, boleh tahanlah. Tak sangka gelaran bertukar camtu boleh buat rama-rama berterbangan dalam perut.

"Ke abang penat? Mirah boleh suapkan." Bila nampak Fahri terkaku camtu, lagilah Amirah rasa nak usik.

Fahri menutup mata. Tak mahu pandang wajah puppy eyes isterinya itu.

C | CuddleWhere stories live. Discover now