16 - cemburu

35K 2.3K 262
                                    

Telefon berdering dan pada skrin phone itu terpapar nama Riri .

Hilman teragak-agak mahu jawab call itu. Tuan telefon baru sahaja keluar untuk beli sesuatu di kedai 7 Eleven. Tinggallah dia berseorangan dalam kereta itu bersama telefon yang berdering.

"Pakwe dia ke?" Hilman tertanya-tanya lalu dia menjawab call itu.

"Amirah." Orang di hujung sana berbunyi dulu.

Hilman berdebar, "Er, hai.."

"..." Suasana di hujung talian sunyi.

"Er, Amirah takde sekarang ni. Dia gi beli barang jap. Telefon dia tinggal dalam kereta ni ha."

"Oh..."

Diam.

'Alamak, jangan pakwe dia ingat Amirah curang sudah.' Detak Hilman dalam hati.

"Dia dah habis kerja?" Fahri bertanya.

"Dah.. Ni dia nak tolong hantar aku balik rumah."

"..." Diam lagi. Kalut Hilman dibuatnya. "Ni siapa?" Soal Fahri.

"H-Hilman.. Kawan sekerja Amirah."

"OK. Terima kasih. Bye assalamualaikum." Begitu sahaja Fahri end call.

Seram. Nadanya kedengaran sangat mendatar. Dia tengah marah dekat Amirah ke? Macam mana dia akan layan Amirah nanti bila tahu yang Amirah sedang berdua dengan lelaki lain?

Sedang dia fikir tentang banyak persoalan, Amirah masuk kereta.

"Amirah, aku risau pasal kau." Hilman berkata.

Amirah mengerutkan kening, "Kau dah kenapa?"

"...tadi pakwe kau call."

"Ha?"

"Riri bentuk heart."

"Oh.." Lantas itu Amirah tergelak.

"Tak lawak, gila. Dia macam marah je aku angkat call dia. Weh, aku risau pasal kau. Kalau dia mempersoalkan semua benda ni kat kau macam mana?"

Amirah mula memandu tetapi tawanya belum hilang.

"Amirah, aku boleh teman kau explain kat dia pasal semua benda. Aku tak nak kau gaduh dengan dia."

"Haih. Hilman, Hilman. Kau relax je. Suami aku chill je orangnya."

"Suami?!"

"Yeeee, suamiiiii. Dia mesti call aku sebab dia nak tahu aku dah habis kerja ke tak. Kan?"

Hilman mengangguk. "Tapi asal intonasi dia macam nak marah orang? Takut aku."

"Dia memang camtu. Kalau kau jumpa dia pun dia jarang senyum."

"Lah yeke.."

"Iye. Dah, kau duduk diam-diam."

"Amirah."

"Ye?"

"Kau dah kahwin?" Hilman bertanya dengan muka yang tak percaya.

"Apasal terkejut sangat?"

"Takdelah. Rasa macam.. Wow."

Amirah tersenyum.

🚗

Selepas menghantar Hilman, aku speed ke shopping mall terdekat. Also known as, tempat date aku dan Fahri pada hari ini!

Excited aku sampai ke tahap aku berlari-lari anak untuk jumpa dia sejurus sahaja selepas aku park kereta aku.

Kelihatan dari jauh Fahri yang masih berbaju kerja tengah duduk di bangku sambil memegang telefonnya secara melintang dengan dua tangan. Eee, main game lah tu!

"Riri!" Aku terkejutkan dia dari belakang. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tapi ternampak mukanya tersenyum sedikit selepas melihat aku. Sikit jelah.

"Jom!" Aku lead the way ke hala tuju kami; panggung wayang.

Semasa aku jalan ke hadapan, Fahri mengambil tangan aku dan memegangnya. Eh, bukan biasa-biasa bila Fahri yang nak pegang tangan aku dulu.

"Amirah." Dia memanggil.

"Hm?"

"Awak saya punya tau."

"Ehh?!" Aku menghentikan langkah. Fahri hanya tergelak lalu menarik aku membuatkan aku terpaksa berjalan menuruti dia.

"Kenapa awak tiba-tiba claim saya awak punya? Awak suka sangat ke dekat saya?" Aku dah mula dengan soalan-soalan gedik aku.

Fahri hanya tergelak kecil.

"Awak jeles eh tadi Hilman angkat call awak?" Aku bertanya dengan nada jahat.

"Mana ada."

"Heheh, Riri jeles."

Dia diam dan terus memimpin tangan aku.

"Riro jeles!"

Diam.

"Riru jeles!"

Masih diam.

"Rira jeles!"

Kali ini dia mengeluh.

"Rire jeles!"

"Apa kata awak jalan sorang-sorang?" Dengan itu dia melepaskan tangan aku dan terus jalan laju meninggalkan aku.

"Nooo, Fahri!! Sorry sorry. Lepas ni saya diam." Aku mengejar dia dan mengambil semula tangan dia dalam genggaman aku.

Kami berjalan beberapa saat dalam kesunyian sebelum Fahri bertanya, "Camne hari awak?"

Maka bermulalah cerita aku tentang hari yang telah aku lalui. Semuanya aku cerita dari A sampai Z.

Dan Fahri setia berada di situ, di sebelah aku, mendengar semua benda yang aku mahu luahkan.

C | CuddleWhere stories live. Discover now