8 - grocery talk

40.5K 2.5K 110
                                    

"Ri, saya pergi beli barang rumah tau." Aku berpesan pada dia.

Dia yang sedang menonton tv tu mengangkat muka, memandang aku. "Nak ikut."

"Haa? Saya boleh gi sorang-sorang la."

"Saya tolong angkat barang." Fahri sudah menutup tv dan pergi mencapai kunci kereta.

"Emmm."

"Tak suka keluar dengan saya ke?" Dia beri soalan cepumas.

"Mana ada."

"Malu ke?"

"Mana adaaa."

"Yelah saya kan tak hensem, tak sesuai jalan dengan awak yang cantik ni."

Kurang ajar punya Fahri. Taktik dia supaya aku rela dia ikut aku sangatlah berkesan. Sanggup puji aku cantik bhai.

"Fine." Aku menjawab.

Semasa dalam kereta aku berkata kepada dia yang sedang drive, "Ri, awak jangan terasa tau. Saya bukannya tak nak keluar dengan awak. Tapi, awak tahu kan saya tak selesa tunjuk betapa mengadanya saya dengan awak kat public?"

Dia mengangguk.

"Sebab tu saya selalu tahan diri saya untuk peluk awak kat luar. Pastu nanti saya jadi rinduu gila dekat awak."

"Itu pun nak rindu?"

"Mestilah."

"Hm." Fahri mengangguk lagi mendengar cerita aku.

"Bukannya saya malu dengan awak. Kalau boleh saya nak tunjuk kat satu dunia yang awak suami saya yang paling the most cutest sangat! Tapi, sebab tulah. Jadi awak jangan terasa tau?"

Fahri tergelak lalu mengangguk.

"Saya sayang awak tau." Aku memberitahunya lagi.

Angguk lagi.

"Riri.."

"Hm?"

"Tadi awak cakap saya cantik, kan? Kenapa tak cakap setiap hari eh?" Aku senyum kat dia.

"Takdelah, tu saje je."

Aku mencebik. "Hmph, maknanya saya tak cantik la?"

"Haah."

"Tak silap saya perempuan tak cantik ni la yang awak sayang sangat sampai sanggup kahwin dengan dia walaupun baru habis belajar."

"Ha, baguslah tu mengungkit."

"Hm."

Fahri menyambung, "Perempuan tak cantik tu jugak yang ada ramai gila peminat zaman sekolah dulu, tapi kat sorang lelaki blur yang tak hensem jugak dia setia."

"Ye, dan lelaki blur yang tak hensem tu pulak pergi reject perempuan tu sebab bising sangat katanya." Aku menyambung cerita dia.

"Betullah tu. Sampai sekarang 'kebisingan' dia kekal."

"Camne perasaan awak sekarang? 'Kebisingan' perempuan tu masih annoying ke?"

"Tak. Sebaliknya saya rasa takut."

"Huh? Takut sebab apa?" Aku membuat muka hairan.

"Takut yang perempuan tu akan bosan dengan saya yang pendiam ni."

Aku terdiam. Tak sangka suami aku takut dekat benda ni. Hati aku berdebar-debar dan aku hampir tak boleh fikir apa yang nak dikatakan. Aku menarik nafas dalam dan demi menenangkan hati dia, aku menjawab, "Sampai bila pun saya tak akan bosan dengan awak, Fahri."

Fahri tersenyum puas, "dah sampai."

C | CuddleWhere stories live. Discover now