38 - teman

23.8K 1.8K 45
                                    

saya dah habis kerja

Mesej itu aku hantar kepada Fahri. Kereta aku ada kat workshop, jadi aku kena balik rumah naik motor dengan Fahri.

jap eh
awak tidur la dulu

oke

Kalau dia suruh camtu, aku pun ikutlah. Dan dan pulak mata aku dah berat ni.

Kepala aku baringkan atas meja dan aku zzzzzz, masuk ke alam sebalik mata; mimpi.

🚗

"Yang... Sayang." Suara lembut mengiringi tepukan di bahu aku.

Aku dengan perlahan membuka mata dan ternampak Fahri dalam ofis aku. Rakan sekerja aku yang lain semua dah balik.

"Laa, asal tak call?" Aku tanya sambil menggosok mata.

"Saya dah call seratus kali dah."

Aku membesarkan mata lalu melihat notification phone aku. 3 missed calls from Riri ♥.

"Hmm, sorry." Aku menggeliat.

"Jom balik."

Kemudian aku mengikut dia turun ke bawah menuju motosikalnya.

Dia memakaikan helmet di kepala aku macam aku ni anak dia. Selepas dia dah secure helmet tu, dia tersenyum lalu menepuk helmet pada kepala aku tu beberapa kali.

"Macam budak kecik." Dia berkata.

"Heh."

"Lupa nak bagitahu. Sebenarnya kerja saya tak siap lagi. Jadi, saya hantar awak balik rumah pastu saya balik ofis saya semula tau?" Fahri menerangkan.

"Ha? Jauh betul perjalanan awak."

"Takpe. Awak penat, kan? Lebih baik rehat kat rumah."

"Riiii, saya lagi rela awak bawak saya ke ofis awak je daripada awak kena ulang alik ke sana ke sini."

Fahri terdiam sambil berfikir.

"OK." Dia bersetuju dengan aku. Aku tersenyum lalu kami menaiki motosikal itu. Aku dah peluk dia siap-siap. Hmm, inilah kelebihan motosikal. Rasa berangin je pastu dapat peluk Fahri rapat-rapat ehek.

🚗

"Awak nak masuk ofis saya atau awak nak pergi bilik rehat?" Fahri bertanya sesaat kami berada dalam bangunan syarikat dia bekerja. Fahri punya company ni kaya ciked jadi dorang mampu ada bangunan. Aku punya? Shop lot office je heh. Aku tak merungut pun.

"Bilik rehat la. Saya tak nak kacau awak kerja." Aku berkata dan terpandang reception counter pada lobby tu. Kosong. Kalau tak, mesti ada Maisarah dengan senyuman dia yang menawan tu.

Kami pergi ke tingkat 2 dan mendapati yang bilik rehat dah dikunci memandangkan office hour dah habis.

"Emmm." Fahri berbunyi.

"Terpaksalah awak bawak isteri awak yang cute ni masuk office." Aku berkata.

Fahri mengangguk lalu kami pun pergi ke tingkat 6 di mana ofis Fahri terletak. Wah, rasa nostalgia pula walaupun baru je beberapa bulan yang lepas aku terperap dalam ofis yang sama ni sambil buat kerja.

C | CuddleWhere stories live. Discover now