52 - fitting room

22.3K 1.8K 286
                                    

"Hello! It's time to wake up!" Pipi Fahri aku menepuk berkali-kali. Wajah dia dikerutkan.

"Hmmmmmmmmm." Dia merungut.

Aku menghalakan muncung hair dryer ke arah muka dia sambil memastikan ia berada dalam jarak yang selamat, lalu aku membuka suis hair dryer tu.

Mata Fahri terbuka luas selepas mendengar bunyi nyaring alat tersebut.

"Haha, terkejut, kan? Bangun Ri. Kita nak keluar hari ni." Sekali lagi aku mengejutkan dia. Aku mengeringkan rambut dia yang sudah sedia kering tu. Gigih kacau dia waktu tidur.

Fahri memegang pergelangan tangan aku. Omo, dia nak buat apa? Takowdt.

Dengan mata masih terpejam, dia mencari-cari suis tutup hair dryer lalu menekannya.

Selepas itu kesunyian dan ketenangan muncul semula dalam bilik tersebut. Kelihatan Fahri masih memejamkan mata, mencuba untuk tidur semula.

"Awak nak saya renjis air kat muka awak?" Aku mengugut dia.

Keningnya dikerutkan lalu dia meraup mukanya. Dengan perlahan, dia membuka mata.

Aku memberi dia senyuman lebar, "Rise and shine!"

Fahri memandang aku lama, kemudian secara senyap dia mengambil selimut untuk berselubung.

Aku membalikkan mata, "Riri, kalau lepas saya make up nanti awak masih tak bangun, saya make up muka awak pulak. Get ready." Aku berjalan menuju ke meja solek.

Aku mengeringkan rambut depan cermin dan selepas beberapa detik, Fahri muncul di belakang aku. Akhirnya bangun jugak lelaki ni.

"Nak apa?" Aku tanya dia.

Dia mengambil hair dryer dari tangan aku lalu menghalakannya ke rambut aku. Dia mengeringkan rambut aku sebahagian demi sebahagian. Huh? Dia ni mamai ke apa?

Aku cuba pandang muka dia dari pantulan cermin tapi dia khusyuk keringkan rambut aku macam hairdresser.

Apa-apa jelah, nak. Aku mula mengambil moisturiser untuk memulakan rutin penjagaan kulit muka.

Selepas aku siap menyapu sunscreen, Fahri menutup hair dryer lalu meletakkannya di atas meja solek. Dah kering dah kot rambut aku. Kelihatan dia menghulurkan tapak tangannya, meminta sesuatu.

Aku memberi dia sikat, kemudian dia mengambil dan mula memberus rambut aku dengan penuh hati-hati. Aku masih keliru sama ada dia ni separuh sedar atau sepenuhnya sedar.

Setelah rambut aku lurus disikatnya, dia mula menocang rambut aku. Hah?

"Riri, kita nak keluar, kan? Kenapa awak tocang rambut saya pulak ni?"

Tapi dia diam. Aku memberi dia pandangan maut melalui cermin tetapi tidak diendahnya.

Malaslah aku nak melayan perangai pelik dia pukul 10 pagi ni. Aku teruskan sahaja dengan rutin aku.

"Dah siap." Fahri berkata selepas beberapa minit menocang rambut aku.

"Pastu? Awak nak saya keluar free hair ke?"

Fahri tergelak. Kemudian dia mengambil tuala mandi dan berjalan menuju bilik air.

"Oi, siapa nak bukak tocang rambut saya ni?" Aku tanya dia.

"Rambut awak, kan? Jadi awaklah." Selamba dia menjawab lalu menutup pintu bilik air.

💅🏼

"Ri, pergi cuba ni kat fitting room." Aku memberi dia beberapa helai baju dan seluar. Sekarang kami berada di tengah-tengah mall di mana sale kedai baju sedang diadakan.

C | CuddleWhere stories live. Discover now