drafts

7.6K 711 34
                                    

Masih ada a few drafts untuk Cuddle yang saya tak mampu nak fikirkan jalan cerita penuh and tak mampu nak publish as a complete chapter. Rasa sayang pulak kalau saya simpan je so nah bagi korang baca jelah.

Warning; drafts ni semua tak complete tau. Kalau cerita dia tergantung then it's up to you nak fikir apa ending dia hahaha. Enjoy!

1st draft: fangirl

"Awak suka yang mana satu, Amirah?" Tanya Fahri semasa aku tengah tengok live performance K-Pop dalam phone aku.

"Yang baju merah tu."

"...Yang mana? Ada 3 orang baju merah."

"Ish, yang merah putih tu."

"Oh.."

.

.

.

Khusyuk dia tengok dengan aku sebelum dia tanya lagi, "Berapa umur dia?"

"Tak tahu lah. 18 tahun kot."

.

.

.

"Amirah."

"Apa lagi?"

"Saya tak tahu pulak awak ni pedo."

Aku serta merta pause video yang aku tengah tengok. Kemudian aku pandang dia.

"Excuse me?"

"Dia hampir 10 tahun lagi muda dari awak Amirah."

"Eleh, dia dah 18 tahun kan? Dah dewasa!"

"Yeke? Muka nampak macam budak-budak."

"Kalau nak dibandingkan dengan orang tua macam awak memang la dia nampak macam budak-budak."

"Nak kena cubit?"

"Tak nak. Dah, jangan kacau saya tengok dorang!"

"Apa yang handsome-nya dorang tu..." Gumam dia.

"Again, kalau nak dibandingkan dengan awak—"

"Tapi yang rambut biru tu handsome la jugak." Fahri memotong cakap aku.

"Mana? Yang ni? Oh, haah. Tapi semua dalam ni handsome sebenarnya." Aku menunjuk ke arah member berambut biru yang dimaksudkan Fahri.

"Tak pun."

"Awak jealous kan sebenarnya? Jealous sebab dorang ni terlalu berkarisma."

"Mana ada. Saya rasa saya lagi ada rupa dari dorang."

Pft, jarang-jarang Fahri nak puji diri sendiri macam ni. "Ri, awak pergi tengok cermin." Sorry, Fahri, sayang. Dalam mata aku dialah paling handsome. Tapi memang taklah nak bandingkan muka Melayu dia dengan abe K-Pop.

"OK." Lalu dia mengambil phone di tangan aku.

"Hei!"

Dia membuka front camera phone aku dan melihat reflection dia dalam tu, "Saya lagi handsome." Lalu dia mengangkat tangan dan buat gaya peace. Aku masuk dalam kamera dan dia tekan butang capture. Heh, menyempat.

author's note: omg random gila apa yang saya tulis ni hahahaha saya pun tak tahu ke mana sebenarnya jalan cerita dia menuju. by the way, dalam draft ni amirah tengah layan nct dream rollin kot? fuh lama betul benda ni ada dalam draft

C | CuddleWhere stories live. Discover now