59 - anugerah terindah

20.9K 1.9K 337
                                    

"Kau tak rasa ke... Aidan nampak suram hari ni?"

"Weh, ye doh. Selalunya aku takleh nak agak apa dalam fikiran dia tapi hari ni macam boleh nampak aura kemurungan dia."

"Asal weh? Bukan ke isteri dia baru bersalin beberapa hari lepas?"

"Mana aku tahu. Anak dia sakit kot?"

"Boleh jadi."

"Main assume je korang ni." Luqman menyampuk dalam perbualan dua rakan ofis tadi.

"Ha, Luqman! Kau tau tak asal Aidan nampak muram sangat?" Tanya Syaf.

Luqman mengangkat bahu, "Aku pun tak berani nak cakap dengan dia. Aku tanya baby dia OK ke tak, dia kata OK je."

"Kalau camtu, isteri dia kot yang sakit?"

Sekali lagi Luqman mengangkat bahu, "Dahlah korang ni. Asyik membawang je. Aku nak mintak tolong printkan document, ada aku send kat kau."

"Ha, OK."

"Thanks." Luqman berkata lalu dia kembali ke kubikel kerjanya yang terletak di sebelah kubikel Fahri.

Luqman cuba menyapa Fahri, "Aidan, kau dah makan belum?"

Fahri memandang Luqman dengan pandangan kosong seakan-akan emosinya mati. Memanglah muka dia nampak blur memanjang tapi hari ni sangat jelas ada benda tak kena. Dalam perspektif Luqman nampak seperti Fahri sedang menjelingnya.

"Belum." Sepatah Fahri menjawab.

Luqman meng-oh-kan saja sambil mengangguk. Kemudian terhenti. "Belum makan dari pagi? Tak lapar ke?"

Fahri menggeleng, "Tak ada selera." Tekun dia menaip sesuatu di keyboard.

"Um, kau OK tak weh? Ada masalah apa?" Luqman cuba memujuk Fahri untuk meluahkan segala apa yang ada di dalam minda.

Detakan di keyboard dihentikan, Fahri kelihatan seperti sedang berfikir masalah dunia. Kemudian dia mengeluarkan satu keluhan, "Takde apalah. OK je. Isteri dengan anak aku sihat. Cuma..." Fahri terdiam.

"Cuma?"

Fahri menggelengkan kepala, "Takde apa."

Luqman mengeluh. Susah betul nak dengar luahan hati kawan seorang ni. Tapi dia menghormati keputusan Fahri untuk menyimpan masalah personal di tempat kerja.

Tepat jam pukul 5, Fahri bangun dari kerusi lalu berpesan kepada Luqman, "Esok aku takde. Sampai Jumaat."

"Huh? Kau pergi mana?" Terkejut Luqman mendengar pesanan itu.

"Annual leave." Kata Fahri kemudian dengan tergesa-gesa dia keluar dari ofis.

Luqman ditinggalkan tercengang. Itu bukan jawapan yang dia nak dengar...

Sewaktu memulakan enjin motosikal, Fahri mendapat mesej dari mama.

bila nak bawak cucu datang rumah?

Fahri mengeluh, dia mengabaikan mesej itu kerana dia pun tidak pasti apa jawapan untuk soalan ibunya itu.

Paling penting sekarang, destinasinya menuju ke rumah mak mertua.

🥀

Jarak antara rumahnya dengan rumah mak ayah Amirah mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Walaupun penat baru habis kerja, Fahri tetap bersemangat untuk meneruskan perjalanan demi berjumpa buah hati. Sesampainya dia di destinasi, malam sudah larut, langit hitam pekat menghidupkan bulan penuh.

C | CuddleWhere stories live. Discover now