87 - rezeki

14.7K 1.5K 177
                                    

"Mmm, ye, mama." Akmal mencebik sambil menadah mukanya diberi mama untuk meninggalkan ciuman di kedua-dua belah pipi dan dahi. Sambil itu juga mama memberi banyak kata-kata hikmah dan nasihat kepada Akmal yang bakal meninggalkan tanah air demi menimba ilmu.

Lalu Akmal mengalihkan badan menghadap adiknya Amalia. Mereka berdua bertentang mata sebentar, perlahan-lahan mereka berpelukan, erat.

"Belajar elok-elok. Jaga solat." Amalia memesan.

"Terima kasih. Kau pun take care." Akmal menepuk-nepuk belakang Amalia. Mereka berpelukan buat beberapa saat lagi. Tak peliklah. Dua belangkas ni rapat sejak kecik sehinggalah sekarang. Hampir semua benda dibuat bersama seperti kembar. Platonic soulmates.

"Leklok, Kemal." Irsyad mengganggu detik dua beradik itu.

"Baik." Akmal memeluk Irsyad pula tapi sekejap je. Kakak Akmal yang menetap jauh pun turut hadir di lapangan terbang sekarang demi menghantar adik ke perantauan.

Akhir sekali, dia memandang abang sulungnya si Aidan Fahri bersama keluarga kecilnya — Amirah, Zennirah dan baby dalam perut. Dah boleh tangkap family photo.

"Kau... Kau takleh cakap terima kasih kat aku je. Cakap kat Fahri gak."

Tiba-tiba Akmal teringat kata-kata Amirah beberapa bulan yang lepas, selepas Akmal beritahu Amirah betapa sayangnya dia kepada Zennirah.

Akmal menarik nafas dalam kemudian menghembus. Bila lagi la agaknya dia akan berjumpa dengan manusia-manusia yang dia amat sayangkan ini?

Fahri didekati kemudian tangan dihulur untuk salam. Baru saja Fahri mahu menyambut tetapi Akmal terlebih dahulu memeluk tubuh abangnya itu.

"Eh?" Amirah terkejut. Beberapa lama kemudian intonasi dia bertukar, "Eh..." Sambil tersenyum nakal.

Fahri juga tercegat buat beberapa saat tapi lama kelamaan dia menepuk belakang Akmal, "Jaga diri."

"Terima kasih, Aidan, sebab wujudkan seorang Zennirah." Akmal menggumam.

"Huh?" Fahri kurang jelas. Amirah sudah ketawa terkekek-kekek.

Akmal menjeling Amirah. Malu dengan pengakuan dia terhadap abang yang jarang dia bersembang tu.

"Selamat jalan, pokcik!"

Akmal tersenyum mendengar Amirah alih suara Zennirah sambil melambaikan tangan Zennirah. Kepala anak kecil diusap lembut, "Bye, Zennirah. Tunggu pokcik balik. Jangan membesar cepat sangat." Pesan dia walau Zennirah tak faham satu perkataan pun.

Wajah Amirah pula dipandangnya, kemudian Akmal tersenyum sinis, "Next time aku balik Malaysia agaknya berapa orang dah anak kau?"

Amirah tersenyum bangga, "Kau expect berapa?"

"10."

"10? Boleh, tak ada hal. Kan, Riri?" Tanpa segan silu Amirah menyiku Fahri di sebelah.

"Hm." Fahri rasa nak sorok diri akibat ketebalan muka isterinya itu.

Akmal ketawa, "Bye, kakak ipar."

"Bye, adik ipar."

Selepas beberapa lama mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang, akhirnya Akmal selamat melepasi pintu pelepasan antarabangsa.

Dalam perjalanannya menuju lobi menunggu, Akmal mendail satu nombor dalam phone.

"Nak naik dah?" Tanya si penjawab di hujung talian.

C | CuddleWhere stories live. Discover now