48 - ishraq part i

24K 1.8K 348
                                    

Aku dan Fahri duduk berlantaikan pasir. Kami menikmati bunyi ombak dan mengamati pemandangan laut yang tak berapa nak biru tu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi.

Siapa je tak suka duduk tepi pantai?

Aku melentokkan kepala pada bahu Fahri, "Best kan angin?"

"Hm." Fahri bersetuju.

Aku mengeluarkan phone lalu menghulurnya kepada Fahri.

"Jom selfie, Ri." Aku menyuruh.

Dia membuka aplikasi kamera lalu mula meregangkan tangannya. Kami berdua melihat kamera dan klik!

Gambar yang baru ditangkap tu aku tenung lama-lama.

"Kenapa?" Fahri tanya aku.

"Banyak betul jerawat." Aku merungut tentang muka aku. Sejak pregnant ni, susah betul nak dapat muka flawless. Jerawat ni macam tak nak hilang. Muka Fahri yang entah cuci ke tak kelihatan lagi suci dari aku.

"Cantik je..." Fahri menggumam.

Aku tersenyum. Betullah tu. Bukan aku nak puji aku cantik, tapi sejak pregnant ni jugak aku selalu dapat pujian yang aku nampak glowing dari rakan-rakan sekerja. Bos pun puji. Makcik jual nasi lemak favorite pun puji. Family aku lagilah. Semua terpesona. OK, done riak.

Angin pantai ni buatkan aku rasa mengantuk. Aku baru saja mahu melelapkan mata sambil berbantalkan bahu Fahri tapi nama aku tiba-tiba diseru.

"Jaja!"

Ada sorang je manusia yang panggil aku dengan nickname tu.

Aku menoleh ke arah punca suara dan senyumanku melebar, "Syak!!!"

Sepupu aku yang bernama Ishraq tu turut tersenyum melihat aku. Kalau dia ni perempuan, rasanya dah lama aku berpeluk dengan dia.

Ishraq melabuhkan punggung di sebelah aku. Dia ternampak Fahri di sebelah aku lalu menyalam tangan Fahri.

"Lama tak jumpa kau, Syak! Asal kau kerja kat Sarawak weh?" Aku memulakan perbualan.

"Hahaha, nak buat macam mana? Kat situ rezeki aku. Kau OK kerja, Mirah? Berapa bulan dah kau ni? Besar nampak perut tu. Glowing betul muka kau! Kau pakai skincare apa siot? Share sikit." Ishraq tanya soalan bertalu-talu.

"Satu-satulah soalannya. Jenuh aku nak menjawab." Aku bergurau lalu menjawab pertanyaannya satu demi satu. Bila lama tak jumpa sepupu merangkap childhood friend, camnilah jadinya. Ishraq sajalah sepupu aku yang sebaya, sebab itu kami rapat. Kami sekarang sedang berbual bagaikan ada kami je di situ.

"Dengar cerita Sarawakians semua lawa-lawa. Dah tu bila kau nak bawak sorang jumpa mak ayah kau?" Aku bertanya dia soalan makcik bawang.

"Ya, memang lawa semuanya. Tapi hati aku ada kat perempuan semenanjung." Dia mula bercerita.

"Ooh, wow OMG. Pastu kau nak kahwin dengan dia ke?"

"Hahaha, dia dah kahwin dah weh. Dah nak ada anak dah pun." Ishraq berkata sambil tergelak.

"What?! Gila sedihnya!" Aku bersimpati. Uish, nasib baik crush aku tak kahwin dengan orang lain. Nasib baik dia kahwin dengan aku. Kan, Fahri?

Aku tersenyum sinis kepada Fahri, dia hanya mengerutkan kening melihat senyuman sinis aku.

"Er, ni abang Fahri, kan?" Ishraq cuba berbual dengan Fahri pula. Heheh, ni mesti awkward ni. Aku nak tengok dorang malu sesama sendiri.

Fahri mengangguk.

C | CuddleWhere stories live. Discover now