82 - terpisah

13.8K 1.6K 312
                                    

"Merajuk ke?"

Amirah menjeling Fahri tajam tatkala mendengar soalan berbaur usikan itu.

Fahri mengeluarkan keluhan kecil, "Saya minta maaf, sayang. Sebulan... Sebulan memang lama, tapi saya akan buatkan sebulan tu rasa sekejap je."

"Macam mana awak nak buat?"

"Um, adalah." Sejujurnya Fahri pun tak tahu. Dia hanya cakap sebegitu sebab nak sedapkan hati si isteri.

"Byebye, Riri..." Amirah berkata lemah.

Fahri mencium dahi Amirah di tengah-tengah ruang awam itu. Pintu berlepas domestik hanya beberapa meter dari mereka yang menghantar Fahri bekerja ke Sabah itu; terdiri daripada ibu, ayah, Adib, Aniq dengan Zennirah.

Selepas lama mencium dahi Amirah, Fahri memindahkan Zennirah dalam dakapannya ke dakapan Amirah, kemudian dicium pula pipi si anak kecil. Lepas tu...

Mata Fahri tertancap pada perut Amirah.

"Apa? Nak cium yang ni jugak ke?" Amirah seakan-akan boleh baca fikiran Fahri.

Fahri tergelak, kalau diikutkan mahu, tapi malu pulak nak buat macam tu kat public. Akhirnya dia hanya mengusap lembut perut Amirah, "Awak jaga mommy elok-elok."

"Huh?"

"Hm?"

"Saya yang jaga dia. Bukan dia jaga saya." Amirah hairan mendengar pesanan Fahri tadi.

Fahri tersengih, "Shh, awak diam je. Saya anggap anak kedua kita ni awak punya protector."

"Hahaha, kenapa pulak?"

"Sebab dia anak lelaki, dia kena lindungi awak."

"Apa bendaaaa, baru sebulan lebih dah cakap pasal jantina."

"Kata-kata itu satu doa."

"Kalau dia anak perempuan, macam mana?"

"Kalau macam tu, dia pun protector awak jugak. Dia perempuan yang kuat."

Macam budak-budak Fahri ni. Amirah pun tergelak riang mendengar kata-kata Fahri, Fahri pulak hairan tengok Amirah gelak sebab dia tak rasa dia ada buat lawak.

"Zennirah, awak pulak savior mommy. Penyelamat mommy dari kesunyian." Fahri mengalihkan pandangan ke arah Zennirah lalu mengusap rambutnya lembut.

Amirah memuncungkan bibir, "Saya ni budak-budak ke Fahri? Patutnya saya la pegang semua tanggungjawab tu, bukan anak-anak kita."

"Awak kan princess? Awak kena saling melindungi dorang, jadi head of castle bila suami takde." Fahri mula merapu, mencipta sebuah manga baru berwatakkan manusia-manusia penting dalam hidup dia.

"Hm, kenapa prince charming tinggalkan kitorang semua?" Amirah melayan saja fantasi Fahri.

Fahri menggeleng, "Saya bukan prince charming. Saya rakyat biasa yang dah buat princess jatuh cinta. Sebab tu saya kena cari rezeki jauh-jauh demi bagi princess hidup macam kat istana bapak dia."

"Ceh, panjang lak citer dia."

"Of course."

Amirah tertawa, "Oh, Fahri. I'm gonna miss you."

"Mm, tunggu saya balik, Mirah." Kemudian dipeluknya isteri erat dengan anak di antara mereka.

"Oi, nanti terlepas flight kang." Adib menegur selepas ternampak bos Fahri yang tunggu dari jauh kerap kali lihat jam tangan.

C | CuddleWhere stories live. Discover now