90 - epilog

16.6K 1.4K 332
                                    

Fahri meletakkan kunci kereta di tempat sangkut kunci. Belum sempat dia pusing belakang aku dah backhug dia.

Muka aku dilekatkan di belakang dia dan aku menarik nafas dalam. Aku suka bau dia. Tak kisahlah bila dia pakai perfume ke tak pakai ke baru lepas kerja ke apa, haruman dia tetap menjadi satu tarikan bagi aku.

"Awak, janganlah. Saya baru balik kerja, tak sedap bau." Fahri berkata dengan nada yang perlahan, suaranya yang dalam membuatkan apa yang dia cakap semakin susah nak dengar. Tu bukan bermaksud dia marah, cara dia cakap memang camtu dari dulu lagi. Sebab aku dah biasa dengan cara percakapan dia, jadi aku boleh faham dengan mudah.

Aku menggeleng, "Tak apaa, saya suka." Pelukan di sekeliling pinggang dia aku perketatkan.

Fahri cuba untuk meleraikan backhug aku. Setelah berjaya dia memusingkan badan menghadap aku, dagu aku dia dongakkan guna ibu jarinya dengan lembut, menemukan mata dia dan mata aku.

"Welcome home~" Aku memecahkan kesunyian.

Dia tersenyum lalu dahi aku dicium, "Saya dah pulang."

Tak lama selepas itu kedengaran bunyi seorang remaja lelaki memberi salam sebelum pintu utama dikuak. Aku dan Fahri melihat tuan badan yang baru pulang rumah waktu petang itu.

"Assalamualaikum."

"Apa tu, Faiq?!" Belum sempat jawab salam aku dah menjerit.

"Ha? Ini anak anjing comel." Faiq memerli reaksi ibunya walaupun terang lagi benderang dalam tangannya ada sangkar seekor kucing dewasa baka Norwegian Forest.

"Urgh kelakar sangat. Mana kamu culik dia?!" Aku sudah mula membebel.

"Kawan Faiq minta jagakan laa. Sehari je, mommy. Faiq janji dia behave."

"Ish, oh my God, bapak anak sama je perangai. Bawak balik kucing tanpa izin sebab kawan suh jagakan." Tiba-tiba teringat kisah Fahri bawak balik kucing satu masa dahulu, waktu aku dengan dia masih dikira newlyweds. Alasan yang diberikan sebijik pulak tu.

Fahri tanpa berkata apa-apa sudah cuba menyambut kucing itu keluar dari sangkar. Dia tak kisah pun apa yang dibebelkan isteri dia. Kucing tu pulak tampak manja je diusap Fahri.

Manalah aku tak cair. Aku pun benarkan aje.

"Ha? Apa maksud mommy?" Faiq kerut muka mendengar ayat aku tadi.

"Takde papelah. Jom makan."

"Mommy masak mende?"

"Nasi lemak."

"Uih sedak do'oh! Lapor mat." Faiq menurut langkah aku ke meja makan, langsung meninggalkan bapak dia main dengan kucing.

"Kawan kamu tu laki ke puan?" Aku sebagai mak yang busybody semestinya mahu korek rahsia dari anak lelaki aku ni.

"Puan." Selamba je dia jawab tanpa segan silu.

"Makwe ork?"

"Kawe takdop makwe boh. Semua kawe layan sama rata."

"Yedok? Kamu ni playboy ke?"

"Agaklah."

Aku menghentikan langkah, "Fahri!" Aku jerit. Faiq terhibur melihat aku yang terkedu dengan jawapan jujur dia. Langsung dia ke meja makan meninggalkan aku yang sedang menunggu laki datang.

"Mm?" Fahri datang beberapa saat kemudian.

"Anak awak tu! Playboy kat sekolah!!! Dia dapat dari siapa?"

C | CuddleWhere stories live. Discover now