53 - google form

20.9K 1.8K 310
                                    

Read a new message from waifu 🐱

Fahri melihat skrin telefon selepas ia berbunyi. Dia membuka Whatsapp untuk membaca sepenuhnya mesej yang diberi Amirah.

riririririri jawab google form yang saya bagi ni tau!

Di bawah mesejnya itu terdapat satu lagi mesej berisi satu link.

Fahri sedang bekerja sekarang. Tetapi tak apa kot kalau nak tengok sekejap Google Form apa yang Amirah bagi ni.

Dia kemudian menekan link yang diberi Amirah lalu membaca description form tu.

Dear Aidan Fahri,
Saya buat Google Form ni sebab bosan. Awak jawab jujur sejujur-jujurnya tau! Kalau awak tipu...

Jawablah awak dengan Tuhan kat akhirat nanti hshshshs.

Soalan pertama.

1. Rate kecomelan Amirah.
⬜ Strawberry lagi comel
⬜ Toya lagi comel
⬜ Comel.
⬜ Comel gila!!!
⬜ Paling comel kat dunia ni.
Other: __________

"Pft." Fahri tergelak membaca soalan itu. Apa ke benda Amirah ni? Sejak bila pulak dia ada masa nak buat semua soalan ni? Tak ada kerja ke?

Fahri memilih pilihan paling atas sekali.

2. Hugs or kisses?
⬜ Hugs
⬜ Kisses
⬜ Dua-dua
⬜ Benci dua-dua
Other: __________

Fahri tersenyum membaca soalan itu.

"Woi, kau tengok apa sia sampai tersenyum macam orang gila?" Luqman di sebelah mengejutkan Fahri yang sedang angau itu.

Fahri membetulkan komposisi. "Sorry." Dia menutup phone kemudian kembali fokus untuk membuat kerja. Dia mahu siapkan kerja secepat mungkin supaya dapat dia jawab Google Form yang khas dibuat untuk dia itu.

📄

Hugs or kisses?

Fahri berfikir sejenak. Kerjanya siap awal jadi dia sedang tunggu pukul 5 tepat untuk keluar ofis. Sementara itu dia menjawab borang tadi.

Hmm, selepas penat berfikir akhirnya dia memilih pilihan ketiga.

3. Umur berapa Fahri mula suka dekat Amirah?
Answer: __________

Fahri mendongak sebentar. Mengingati semula peristiwa-peristiwa di kolej yang membuatkan dia terpaut hati pada Amirah.

Kemudian dia menaip '21'.

Soalan-soalan seterusnya dijawab begini;

4. Berapa orang anak Fahri nak?
Answer: Sebanyak yang mungkin.

5. Anak lelaki ke perempuan?
⬜ Lelaki
⬜ Perempuan
☑️ Tak kisah

6. Amirah perempuan paling cantik Fahri pernah jumpa.
☑️ Betul
⬜ Salah

7. Amirah masak lagi sedap dari Fahri.
⬜ Betul
☑️ Salah
⬜ Depends

8. Apakah ciri-ciri fizikal saya yang awak harap anak kita dapat?
Answer: Seluruh muka.

9. Apakah perangai Amirah yang Fahri paling suka?
Answer: Kelakar dan... Manja. Pandai menghiburkan hati.

10. Apakah perangai Amirah yang Fahri tak suka?
Answer: Gatal pastu kadang-kadang tak boleh berhenti bercakap.

11. Favorite date?
Answer: Cosplay event.

12. Favorite place to date?
Answer: Rumah.

13. Favorite moment kita berdua?
Answer: Tak tahu nak pilih yang mana.

C | CuddleWhere stories live. Discover now