86 - healing

15.8K 1.6K 197
                                    

Minggu keempat tanpa Fahri, Amirah mulakan dengan penuh semangat dan optimistik. Baru hari Isnin, tapi dia yakin minggu ini akan berlalu dengan cepat. Jumaat akan sampai dalam sekelip mata!

Disebabkan Fahri ada final presentation Jumaat ni dan dia perlu bekerja extra keras minggu ni, Amirah pun turut mahu berikan segala yang dia ada.

"Excited eh ko." Akmal menegur senyuman Amirah yang tidak lekang sejak habis kerja.

"Of course! Minggu ni akan berjalan dengan flawless. No one can stop me!" Kata Amirah dengan penuh yakin.

Amirah sangat optimistik sekali. Sehinggalah satu panggilan berbunyi dari phone dia.

💔

Termenung. Dia hanya mampu termenung.

Tangan tidak bermaya itu digenggam erat.

Sedih, pilu. Semuanya bercampur-baur, tetapi Amirah terlalu speechless sampai dia tidak mampu menayangkan emosi pada riak wajah.

Dia terlalu optimistik sampaikan berita mengejut begini buatkan dia terkedu.

Satu keluhan dikeluarkan.

"Amirah balik dulu la. Esok Mirah kerja."

Tetap tidak mampu berkata apa-apa. Dia tak mahu kerja esok. Terus dia lupa tentang azam dia untuk bekerja keras alongside Fahri pada minggu ini.

Tapi Amirah akur saja. Dia berdiri perlahan kemudian mencium pipi ibu ayah. Amirah keluar dari wad itu, langsung mengatur langkah ke arah kereta. Dalam kereta, dia tak mulakan enjin, sebaliknya dia sambung termenung.

Oh Tuhan. Boleh ke dia lalui semua ni sorang-sorang?

Nama Fahri dalam phone dipandang lama, patut ke dia bagitahu Fahri?

Amirah menggigit bibir. Tak boleh. Minggu ni minggu yang penting bagi Fahri. Amirah tak boleh nak kacau Fahri dengan masalah keluarga dia.

Fahri ada hidup dia sendiri, aku ni isteri dia je.

Amirah menyandarkan diri pada seat kereta. Lagipun kalau dia call Fahri, dia akan mula menangis sebelum mula bercerita. Dan itu hanya akan buat Fahri risau sampai prestasi kerja dia terjejas.

riri malamni saya tidur awal
no sleep call for u :(
jangan rindu tau heheh
bye love u

Awal-awal lagi Amirah sudah menghindari Fahri dari bercakap dengan dia. Amirah takut dan yakin dia akan breakdown selepas dengar suara Fahri.

Tiba-tiba phone berbunyi. Amirah baru je nak decline cepat-cepat sebelum nampak nama Akmal pada skrin.

Kalau Akmal, takpe kot. Amirah mengangkat panggilan.

"Oi, kau OK tak?" Terus diajukan soalan itu.

"OK je." Amirah tipu sunat. Dia KO sebenarnya.

"Ayah kau? Dah sedar belum?"

"Dah, stabil. Dia tengah tidur. Everything's fine."

"Alhamdulillah. Aidan?"

"Kenapa dengan Fahri?"

C | CuddleWhere stories live. Discover now