49 - ishraq part ii

23.4K 2K 423
                                    

"Ja, jom main daun terup dengan aku." Ishraq mengajak aku main game walaupun jam sudah menunjukkan 10 malam.

"Jom! Ri, jom main!" Aku mengajak Fahri sekali.

"Saya... Ngantuk." Fahri membisik ke telinga aku.

Oh. Hm. Bukan dia selalu tidur pukul 3 pagi ke? Kenapa dia mengantuk awal sangat?

Mungkin sebab dia banyak bersosial kot hari ni.

"OKlah. Awak pergilah tidur." Aku membiar Fahri pergi kemudian memandang Ishraq di hadapan aku, "Aku tak reti main lah weh."

"Jangan risau, aku boleh ajar kau. One on one." Ishraq menjawab.

"Well, fine."

Kelihatan Fahri tidak berganjak lagi dari situ.

Aku bertanya dia, "Awak tak nak tidur lagi ke?"

"Saya nak awak hantar saya ke bilik tidur." Fahri membisik lagi, seakan-akan tidak mahu Ishraq dengar perbualan kami.

Aku tergelak, "Macam budak kecik. Yelah, yelah. Sekejap eh." Aku menyuruh Ishraq tunggu sebentar.

Kemudian aku dan Fahri berjalan menuju bilik tidur sambil berpegangan tangan. Tiba sahaja di pintu bilik, aku menyoal, "Sampai sini OK?"

Fahri menggeleng sambil menunjuk pintu. Dia nak aku masuk sekali, hantar dia sampai ke katil mungkin.

Aku masuk dulu ke dalam bilik diikuti dengan Fahri. Tiba-tiba Fahri mengunci pintu.

"Hm?" Agak hairan dengan tindakan dia tu sebab sekejap lagi aku nak keluar dah.

Dia mendepakan tangannya, memberi isyarat yang dia nak aku peluk dia.

Pelik lahai dia malam-malam ni. Kena rasuk ke? Manalah tahu ada benda kat pantai tadi masuk dalam badan dia ke.

Aku tidak mengendahkan fikiran bukan-bukan lalu memeluk tubuh dia. Erat. Dia memeluk aku semula.

"Tidurlah dengan saya." Dia menggumam.

"Ha?"

"Saya tak nak awak main game dengan dia." Fahri menggumam lagi.

"Dia childhood friend saya, Ri. Susah saya nak jumpa dia." Aku memberi alasan.

Fahri memuncungkan bibir sedikit. Aku rasa nak lempang dia sebab cute sangat.

Aku mengeluh lalu meminta izin, "Saya keluar sekejap eh?"

Kelihatan muka Fahri dikerutkan sedikit.

Aku melepaskan pelukan dan aku dapat rasakan Fahri juga turut sama. Dengan ragu-ragu dia menjauhkan badannya dari aku.

Aku ketawa melihat dia yang mengada tu. Pipi dia aku cium lalu aku berkata, "Saya nak keluar sebab saya nak cancel plan dengan Syak."

Mata Fahri dibesarkan. Aku ketawa lagi melihat reaksi dia kemudian aku keluar dari bilik untuk bertemu Ishraq.

"Syak, Fahri macam tak sihat sikit. So, aku takleh main game dengan kau malam ni. Kena jaga dia. Huhu, sorry." Aku memberi alasan pada Ishraq. Betullah Fahri tak sihat, dari segi emosi.

"Hahaha, baru join sukaneka terus tak sihat?" Ishraq bergurau.

"Elok sikit mulut kau. Cili kang."

Ishraq ketawa lagi kemudian dia berkata, "Sayang betul eh kau dengan dia?"

"Ha, of course. Kalau tak sayang, buat apa aku nak kahwin dengan dia?"

C | CuddleWhere stories live. Discover now