60 - fitri zennirah

20.9K 1.9K 663
                                    

"Fahri, pandang depan."

Sejurus itu Fahri terus mengembalikan fokusnya terhadap jalan raya.

"Sorry." Gumamnya sambil memandu.

Amirah tergelak, "Comel sangat ke baby ni sampai buat awak terpukau?" Pipi anak kecil di dakapannya itu diusap.

Fahri mengangguk laju, "Bukan tu je."

"Apa lagi?"

"Saya masih rasa... Tak sangka yang dia baby saya."

"Ehem."

"Baby kita." Fahri membetulkan.

Satu senyuman puas diukir di bibir Amirah.

Fahri tiba-tiba mengeluh.

"Kenapa awak sedih pulak ni?" Soal Amirah.

"Ish, nanti mesti ramai orang nak pegang dia kat rumah." Gumam Fahri lagi.

"Apa salahnya? Dia kan ahli baru."

Satu keluhan dikeluarkan lagi, "Dah tu bila saya boleh pegang dia?"

"Fahri, awak ayah dia kan? Awaklah paling banyak akan dapat pegang dia, selepas saya."

Fahri memuncungkan bibir sedikit, kemudian dia tersenyum, "Saya ayah dia."

"Iya, sayang. Awak ayah dia." Amirah melayankan saja suaminya yang excited tu. Bukan selalu Fahri macam ni.

Perjalanan diteruskan sehinggalah mereka sampai ke rumah mak ayah Fahri. Dari jauh lagi sudah nampak lima beranak sedang menunggu di pagar rumah.

Selepas Fahri meletakkan kereta, dia keluar dahulu lalu pergi ke pintu penumpang untuk menolong Amirah keluar.

"Sabar eh, sayang." Fahri berkata.

"OK." Amirah menjawab.

"Eh?"

"Eh?"

"Saya cakap kat baby la." Fahri berkata.

"Oh, title sayang dah pergi kat baby ke? Dah tu saya ni apa?"

"Awak Amirah lah."

"Amirah je?" Amirah bertanya dalam nada gurau.

Fahri mengangguk, "Satu-satunya Amirah saya." Kata dia lalu dengan perlahan mengambil baby dari tangan Amirah, dan menghulurkannya kepada mama Fahri.

"Omo! Comel!" Amalia menjerit geram sambil kerumun bayi itu.

Fahri tergelak melihat gelagat keluarganya itu, kemudian dia menolong Amirah keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.

Seperti apa yang dijangka Fahri, semua orang menunggu giliran untuk mendukung bayi tersebut.

"Hello, princess, nama pakcik Irsyad. Panggil pakcik hensem." Irsyad yang entah kenapa boleh ada kat situ, memperkenalkan dirinya kepada anak Fahri.

"Apa nama dia, abang Aidan?" Amalia bertanya.

Fahri tersenyum sinis, "Secret. Tunggulah majlis cukur rambut nanti."

"Kau jangan bagi nama pelik-pelik." Irsyad memberi amaran.

"Suka hatilah." Fahri menggumam.

"Bagi nama elok-elok, Aidan." Mama pula menasihati.

"Jangan risau, mama." Fahri berkata dengan tenang.

C | CuddleWhere stories live. Discover now