19 - suspicion

31.7K 2.2K 125
                                    

Fahri mendapati rumah yang dia baru jejak masuk tu kosong. Dia membaca semula mesej daripada isterinya beberapa minit lepas.

5:17 p.m. [saya dah sampai rumah]
[waiting for uuuuuuu 😊☺️]

5:18 p.m. [awak cepat sikit balik umah]
[kalau tak saya kunci pintu]

5:32 p.m. [ihi tipu je]
[saya tak kunci pun]
[tapi cepat balik tau 🥺]
[tau]

5:46 p.m. [fahri]
[tau tau!]

Fahri tersenyum sekali lagi apabila membaca mesej tersebut. Mengada punya perempuan.

Dia melihat ke dalam semua almari dan setiap lokasi dalam rumah tersebut yang sesuai dijadikan tempat menyorok. Tapi kelibat Amirah masih tidak kelihatan.

Jantung dia mula berdebar. Dia pergi ke pintu belakang rumah dan ternampak Amirah sedang duduk mencangkung di laman belakang. Dia sedang membelakangi Fahri.

Fahri tersenyum lega dan berniat untuk mengejutkan perempuan tu, lalu dia menyorok di sebalik pintu.

Sambil itu dia cuba mencuri dengar apa yang dibuat Amirah.

"Eee kenapa kau ni manja sangat." Amirah bercakap seorang diri.

Kadar denyutan jantung Fahri yang normal tadi kembali naik. Huh? Amirah tengah cakap dengan siapa?

"Kenapa kau tak nak makan?

Mengadanya kau ni. Nasib baik cute.

Aku rasa kau lagi cute dari Fahri.

Hihihi. Jahat sangat ke kalau aku cakap camtu?

OK OK, aku tarik balik. Fahri lagi cute lah~

Sayang~"

Fahri menelan air liur. Dia tertanya-tanya, adakah Amirah sedang bercakap dengan telefon? Ataupun itu dia sedang berlatih untuk bercakap dengan Fahri? Tak mungkin.

Tapi kalau dia sedang bercakap dengan telefon, dia sedang bercakap dengan siapa?

Ketika Fahri menghasilkan seribu satu soalan dalam minda tentang apa yang sedang dilakukan isterinya, perempuan itu masuk ke dalam rumah.

Amirah terpandang mata makhluk yang sedang menyorok di sebalik pintu itu lalu menjerit.

"AHHHH!!!" Jeritannya sangat high pitch sampai membuatkan dia terjatuh ke lantai.

Fahri sendiri terkaku melihat gelagat isterinya itu.

"FAHRI! Awak dah balik? Kenapa tak bagitahu? Kenapa awak diri kat sini????????!!!" Nada Amirah bercampur kegeraman dan lega kerana makhluk di sebalik pintu itu bukanlah makhluk yang tidak dikenali.

"Amirah, awak cakap dengan siapa tadi?" Fahri tidak mengendahkan soalan Amirah lalu bertanya dengan tegas.

"Huh? Cakap? Mana ada siapa-siapa?"

"Amirah, please?" Fahri melutut di hadapan Amirah yang sedang terduduk di atas lantai.

"Wha? Fahri, apa ni? Jangan buat saya seram! Saya cakap dengan Toya je!" Amirah mula rasa gelisah dengan tingkah laku Fahri. Dia menuding jari ke arah laman belakang mereka.

Pandangan Fahri mengikuti tudingan jari runcing Amirah. Hasil dari pandangan tersebut, dia ternampak seekor kucing kelabu sedang baring di atas rumput hijau.

Fahri mengalihkan pandangannya ke Amirah semula. "Toya?"

"Ye, Toya! Dia takde tuan. Saya yang bagi nama dia. Cute, kan?" Amirah dengan rasa tidak bersalah pergi ketawa.

Fahri memandang Amirah dengan riak wajah tidak percaya. Dia hampir ingat Amirah curang.

Fahri tersenyum lalu dia memeluk Amirah dengan penuh rasa lega. Dia peluk dengan segala kudrat yang dia ada.

"Oof, Riri.. Selamat pulang." Amirah yang hampir lemas itu berkata sambil menepuk-nepuk belakang Fahri lembut.

"Amirah.. Awak saya punya je." Fahri menggumam dalam pelukan.

"Hah?"

Fahri melepaskan pelukan lalu mencium dahi Amirah. "Nama Toya tak sedap langsung."

"Saya cabar awak bagi nama lagi cute dari tu." Amirah berdiri mengikuti Fahri lalu mereka keluar dan mencangkung di hadapan kucing kelabu tadi.

"Meaaaaw." Kucing itu berbunyi.

"Bagi nama Amirah sebab dia mengada."

Amirah menyiku Fahri. "Bagi nama Fahri sebab dia tak nak layan orang."

"Hm."

"Apa hm hm?"

"Hm kenapa awak bising sangat?"

"Maksud awak, hm kenapa saya comel sangat?" Amirah sudah mula dengan soalan cringey dia.

Fahri tergelak. Amirah tersengih. Dia kemudian mencucuk perut kucing tadi dengan jarinya.

"Eh, awak dah kenapa." Fahri menahan tangan Amirah.

"Seronoklah, Ri. Lagipun dia tak marah pun. Jadi no problem." Amirah membawa jari telunjuk Fahri lalu dicucuk sekali lagi perut kucing tadi.

"Seronok, kan? Rasa squishy."

Fahri mengangguk sambil tersenyum.

C | CuddleWhere stories live. Discover now