55 - rinie

22.1K 1.7K 131
                                    

Nescafe dah, Milo dah, gula dah, biskut dah, air mineral dah. Semua dah rasanya.

Sekarang Fahri nak curi tulang sikit. Selepas membayar semua stok makanan untuk pantry office, dia mahu singgah ke kedai buku sekejap.

Nampak remeh kan kerja tu? Beli belah makanan segera untuk dijadikan stok dalam bilik makanan, khas buat pekerja-pekerja yang lapar waktu kerja. Tapi inilah antara tugas seorang pekerja ofis; shopping.

Luqman yang ditugaskan untuk membeli-belah bersama Fahri diheret juga ke dalam kedai buku.

"Kau nak beli mende?" Luqman tanya.

"Buku." Fahri menjawab sepatah. Jawapannya macam minta penumbuk.

Fahri melilau di sekeliling kedai buku sehingga dia ternampak satu bahagian yang dia nak cari.

KOLEKSI NAMA-NAMA BAYI ISLAMI

Ya, mata Fahri sudah tertancap pada buku bertajuk itu. Tangannya mula dipanjangkan untuk mengambil buku tersebut, namun pada masa yang sama ada tangan lain yang turut mahu menyentuh buku itu.

Fahri melihat empunya tangan lagi satu tu. Dia dapat rasakan jantung dia berhenti sekejap selepas melihat wajah manusia tersebut.

Manusia di hadapan Fahri itu seorang perempuan, dan dia juga sedang memandang mata Fahri sambil terkaku.

"Fahri?" Perempuan tu membesarkan mata.

Fahri menelan air liur kemudian dia mengangguk. Dia menawarkan buku tadi kepada perempuan tersebut, lalu mengambil salinan yang lain.

Uh, janggal.

"Hahaha, takyahlah beli buku yang sama." Perempuan tu berkata.

"Huh?"

"Sebab buku ni aku nak bagi Amirah. Aku cop dulu buku ni. Kau cari buku lain." Perempuan tu seakan-akan sedang mengarah Fahri.

"Siapa ni?" Luqman yang memerhati dari tadi membisik ke telinga Fahri.

"Ini Rinie... Kawan Amirah." Fahri menjawab.

"Ya, saya best friend Amirah sejak sekolah dulu. Awak siapa?" Rinie bertanya Luqman.

"Luqman, kawan sekerja Fahri."

"Oh, korang buat apa sekarang? Bukan tengah office hour ke?" Kelihatan Rinie memandang baju kerja yang dipakai dua lelaki itu.

"Beli stok makanan untuk pantry office kitorang. Rinie pulak buat apa kat sini?" Luqman tiba-tiba jadi friendly. Baguslah, tak perlulah Fahri bercakap.

"Saya memang kerja kat mall ni. Marketing manager kat satu restoran ni. Tengah breaktime sekarang."

"Ooh, wow." Luqman dan Fahri kedua-duanya mengangguk dengan kagum.

"Korang free ke? Kalau nak ajak makan boleh ke?" Rinie mengajak.

"Uih, boleh je." Laju je Luqman menjawab, tetapi Fahri menggeleng kepala.

"Ala, bakpe? Kau curi tulang pergi kedai buku boleh, kenapa makan tak boleh?" Luqman mengusik.

Rinie tergelak, "Takpelah gitu. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Ha, Fahri. Kau tahu, kan? Malam ni?" Tiba-tiba diberi soalan kepada Fahri.

Fahri buat muka blur dia. Malam ni ada apa? Dia sangat clueless.

"Amirah tak bagitahu ke?" Rinie menambah soalan.

Fahri menggeleng. Tak ada apa-apa pun? Fahri cuba mengingat semula perbualan terakhir dia dengan Amirah. Um, pagi tadi macam biasa je. Amirah masak. Pastu dia tanya Fahri sedap tak dia masak. Pastu dia mengadu dia terbangun pukul 3 pagi sebab baby buat dia rasa tak selesa. Pastu dia tanya Fahri cantik tak warna lipstick dia. Pastu ditanya lagi minyak motor dah isi belum. Pastu dia salam tangan Fahri pastu cium pipi pastu cakap 'I love you'. Pastu dia lap pipi Fahri guna tangan sebab ada kesan lipstick sambil tergelak. Pastu—

C | CuddleWhere stories live. Discover now