74 - panggilan

15.4K 1.6K 293
                                    

"Bila dengan suami isteri, kita kena panggil dengan panggilan istimewa. Kalau setakat 'awak saya' atau 'I U', macam tak special je sebab tuan puan confirm akan guna gelaran ni dengan orang awam juga." Kata pensyarah jemputan pada seminar yang dihadiri staf syarikat Fahri bekerja hari itu.

Ini bukan kursus kahwin. Dia macam benda random yang pensyarah tu cakap semasa sedang bagi talk.

Tapi benda random tulah yang buatkan Fahri berfikir dalam.

"Terima kasih, Puan Amirah." Fahri berkata kepada pensyarah tersebut ketika majlis makan-makan selepas tamat seminar.

"My pleasure, Encik Aidan." Pensyarah bernama Amirah itu tersenyum manis.

🥀

Fahri membuka pintu rumah dan dikejutkan dengan Zennirah yang merangkak ke arah Fahri. Senyuman lebar menghiasi wajahnya.

Fahri rasa macam nak cair kat situ jugak. "Assalamualaikum, my daughter. My lovely daughter." Dia berbisik sambil mengangkat anak kecil ke dalam dakapan.

"Zenni! Mana awak— Oh." Amirah keluar dari dapur, tetapi selepas dia nampak anaknya selamat dalam dukungan suami, dia masuk semula ke dalam dapur.

Dengan penuh tanda tanya, Fahri membawa Zennirah ke dalam dapur untuk melihat apa yang disibukkan si isteri.

"Welcome home, Fahri." Amirah tersenyum kepada Fahri kemudian kembali fokus ke arah periuk. Dia tengah masak bubur untuk Zennirah.

Fahri mengangguk. Busy betul si Amirah ni walaupun baru balik kerja.

Sambil dia memerhatikan Amirah dari belakang, dia teringat semula kata-kata pensyarah pada seminar tadi.

"Bila dengan suami isteri, kita kena panggil dengan panggilan istimewa. Kalau setakat 'awak saya' atau 'I U', macam tak special je sebab tuan puan confirm akan guna gelaran ni dengan orang awam juga."

Fahri mencebik sedikit, kemudian dia melegakan tekak, "Ehem, sayang."

Amirah tidak memberi sebarang reaksi.

"Sayang!" Diulang benda sama, kali ini kuat sedikit.

Amirah mengangkat muka, "Oh, awak panggil saya ke? Ingatkan panggil Zennirah."

Fahri tersentak. Panggilan tu dah tak cukup special untuk dia panggil isteri dia sejak kelahiran anaknya.

"Ha, iya? Awak nak apa?" Amirah bertanya.

Fahri menggelengkan kepala lalu keluar dari dapur bersama Zennirah. Perbuatan itu buatkan Amirah kerut kening. Walaupun dah bertahun-tahun hidup dengan Fahri, kadang-kadang dia tak boleh baca apa dalam minda Fahri.

Selepas beberapa minit, Amirah keluar dari dapur dengan semangkuk bubur. Dia duduk bersama suami dan anaknya di hadapan TV.

"Fitri Zennirah! Jom baca doa dulu. Allahumma bariklana—" Dengan penuh semangat dan ceria, Amirah bercakap dengan Zennirah membuatkan Zennirah tersenyum geli hati.

Bukan Zennirah je, Fahri pun tersengih jugak tengok isteri dia yang outgoing tu. Nasib baiklah Amirah ni pandai tunjuk emosi. Cuba bayangkan kalau si Amirah ni emotionless sama dengan dia? Boh, mungkin dorang akan hasilkan keluarga paling suram di dunia.

C | CuddleWhere stories live. Discover now