61 - avocado & strawberry

18.8K 1.8K 413
                                    

Selangkah dia masuk ke dalam rumah, Fahri disambut dengan bunyi Amirah merengek.

"Huaaaaaaa, tak nak makan niiiiiiii."

Cepat-cepat Fahri mendekati isterinya yang sedang disuapkan sesuatu oleh ibu.

"Ririiiiiiiiiii." Amirah merengek lagi tatkala melihat muka suami yang baru balik kerja tu.

"Kenapa, ibu?" Fahri bertanya kepada ibu mertuanya.

"Ibu paksa dia makan avocado ni je. Mengada Mirah ni tak nak makan benda mahal." Ibu pula membebel sambil menjuihkan mulut ke arah mangkuk di tangannya, yang berisi avocado hancur.

"Tak sedap la huwaaaaaa, pastu dia rasa mushy mushy gitu eeeeeee." Menangis Amirah dibuatnya.

Bila ternampak struggle isterinya itu, Fahri macam kesian, tapi macam nak gelak pun ada. Kena paksa makan je pun.

"Waaaaaaaa!" Kali ni baby pulak menangis. Baru bangun tidur mungkin.

"Biar Fahri ambik." Fahri berkata kepada ibu mertuanya.

Fahri masuk ke dalam bilik tidur dan ternampak puteri sulungnya sedang mengamuk sebab lonely takde siapa nak teman dia waktu tidur.

Dengan lemah lembut Fahri mengangkat anaknya itu ke dalam dakapan sambil berkata, "Iya, Zenni-chan. Daddy ada kat sini."

Dan terus, bayi itu senyap melihat wajah ayahnya. Fahri membawa anaknya itu ke ruang tamu.

"Tengok, Zenni-chan. Mummy menangis makan avocado." Fahri membisik kepada anaknya yang tak mengerti apa-apa lagi.

"Uwaaa, come here, my baby." Amirah menggamit tangannya kepada Fahri. Baby Zenni dipindahkan dari dakapan ayahnya ke dakapan ibunya.

"Zenni kena mandi, ork? Mu habihkan avocado ni, Mirah." Ibu berkata.

"Alaaaaaa, tak mboh!" Amirah membantah dalam loghat ganu.

"Sini bagi sayang ni kat ibu." Kali ni ibu pula mengambil baby dari tangan Amirah. Mangkuk berisi mashed avocado tadi sudah dihulurkan kepada Fahri.

"Fahri suapkan si Amirah ni. Ibu nak mandikan Zinnirah."

"Zennirah la, ibu." Amirah membetulkan.

Ibu tidak mengendahkan pembetulan Amirah tu. Yang penting sekarang dia mahu luangkan masa bersama cucu kesayangan.

Tempat duduk di sebelah Amirah diambil Fahri. Dia memandang muka isteri yang sedang membuat muka manja supaya Fahri tercair dengan rayuan dia.

"Sungguh ke tak sedap?" Tanya Fahri sambil menyuapkan satu sudu ke dalam mulutnya. Kemudian dia mencebik. Teksturnya sangat... Oh, ini ke maksud Amirah mushy mushy tu?

"Tak sedap, kan?! Riri, please jauhkan benda tu dari saya." Amirah memujuk suaminya.

Fahri menggeleng, "Mana boleh. Kena habiskan." Selepas itu dia menyeluk tangan dalam poket seluar lalu mengeluarkan sebiji gula-gula perisa strawberi. Gula-gula itu dimakannya untuk menghilangkan aftertaste avocado dalam mulut.

Amirah memuncungkan bibir, "Nak jugak gula-gula."

"Habiskan ni dulu." Fahri mencedok sesudu makanan itu kemudian mendekatkan sudu itu ke bibir Amirah. Namun Amirah enggan membuka mulut. Dia masih dengan muncung dia sambil pandang Fahri dengan puppy eyes.

Alahai, laki mana tak cair bila isteri buat perangai camni.

"Amirah." Fahri berkata perlahan. "Takdelah teruk sangat rasa dia."

Amirah mengeluh, pujukan dia tak menjadi. Dengan hati yang berat, akhirnya Amirah makan juga avocado itu.

"Urgh..." Satu keluhan lagi dikeluarkan apabila dia menelan makanan itu. Dia tahu tak patut buat perangai camni depan makanan, tapi siapa je suka bila orang paksa kau makan makanan yang kau tak suka.

"Avocado bagus untuk apa?" Fahri bertanya.

"Entah, untuk khasiat susu kot." Amirah meletakkan tangannya di buah dada.

"Hahaha, tak perlu kot tunjuk." Fahri menyuap lagi satu sudu.

"Ibu kata dia selalu makan ni waktu tengah menyusu dulu. Hmm... Tapi saya tak naklah makan ni lagi." Bebel Amirah kemudian makan dari suapan Fahri. Muka dicebikkan.

"Fahri, bila nak habis?" Amirah bertanya dengan suara hampir menangis.

"Ya Allah, baru dua sudu saya suap."

"Huhu, Fahri, saya tak sanggup dah."

"Nak gula-gula ke tak?"

Amirah mengerutkan kening kemudian masuk lagi satu suap. Fahri tersenyum melihat gelagat Amirah yang macam budak kecik tu. Sekali sekala dia mengelap mulut Amirah yang comot sebab makan tak betul.

Dan akhirnya, licin juga mangkuk itu. Fahri mencuci mangkuk itu kemudian kembali ke sisi isteri sambil menepuk tangan, "Tahniah." Katanya dengan muka tiada ekspresi, suara tiada nada.

"Mana gula-gula?" Amirah nak claim hadiah.

"Jap." Balas Fahri sepatah sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Tapi, dia dapati kedua-dua poket seluar dia kosong.

"Habislah tu." Kata Amirah dengan kecewa.

"Belumlah." Fahri meyakinkan sambil didekatkan wajahnya ke wajah Amirah. Bibir mereka bersentuhan sebelum Fahri bertindak 'memindahkan' gula-gula yang berada dalam mulutnya dari tadi ke mulut Amirah. Akibat terkejut Amirah menjauhkan mukanya.

"Nyeh?" Dia confuse sekejap. Gula-gula dalam mulutnya dihisap, manis.

"Kan saya dah cakap, gula-gula saya belum habis." Fahri membalas selamba.

"Apa ni? Bagi hadiah yang dah guna."

"Sorrylah."

Amirah mengecilkan matanya. Kemain laki dia ni, "Hm, takpe. Saya suka."

"Siapa je tak suka gula-gula strawberi."

"Na Jaemin."

"? Natang mende tu?"

"Takde apalah. By the way," Amirah mencium dahi Fahri, "Welcome home, darling!"

Fahri tersengih dengan tingkah laku isterinya itu. I'm home, bisiknya dalam hati.

💗

hello everyone

jadi yang pasal story lebih kurang sama dengan cuddle tu, saya chill je. biarlah dorang nak menulis apa-apa.

saya terasa sikit je sebab dia tulis buku tanpa credit saya apa-apa. at least tulislah dapat inspiration dari mana, ork?

apa-apa pun saya malas dah nak kisah, jadi, janganlah report cerita tu 🤣 saya dapat mesej dari wattpad ada orang report cerita sebab nak dekat sama dengan saya. but the funnier part is, yang di-report tu bukan cerita yang saya maksudkan 😭

hshshs comella korang 😔 you made my day hahaha i appreciate your sweet effort! but for the sake of everyone's happiness, let's just read and write whatever we like, ok?

thank u for your neverending support ❤️ love u, always.

C | CuddleWhere stories live. Discover now