39 - anak

26.3K 1.9K 171
                                    

Selangkah aku masuk ke dalam rumah mak ayah aku, Fahri terus hilang dari sisiku.

"Aniq! Elok sikit perangai, please. Dia akak punya!" Aku menarik lengan kanan Fahri manakala adikku Aniq menarik lengan kirinya.

"Abang Fahri tak ada sesiapa punyalah! Lepaslah, kak. Aniq nak ajak Abang Fahri main game bola." Dia memberi alasan.

"Salam dulu, takleh?"

"Kalau Aniq salam nanti akak ambik dia."

"Ee, tak matang punya budak. Umur kau berapa eh? Kau ingat ni game apa nak rebut-rebut orang ni?"

"Abang Fahri, abang Fahri pilih siapa? Saya atau akak Amirah?" Aniq memalau aku dan bertanya soalan kepada Fahri yang nampak seperti tiada usaha untuk meleraikan pergaduhan antara kami.

Sebelum sempat Fahri menjawab, kedengaran ibuku sudah menjerit namaku dari dapur, "Amirah ke tu?"

"Hah, ibu dah panggil. Lepaskan Fahri. Akak nak bawak dia jumpa ibu." Aku mengambil peluang itu untuk membawa Fahri lari. Aniq mencebik lalu melepaskan dengan reda.

"Ya, ibu! Mira dah balik!" Aku menjerit membalas panggilan ibuku.

🍉

Selepas menyalam kedua-dua tangan ibu dan ayah aku, aku dan Fahri duduk di meja makan itu untuk menjamu hidangan tengah hari yang dimasak ibu.

Semasa makan, perbualan pun dimulakan oleh ayah aku, "OK kerja, Fahri?"

Fahri hanya mengangguk. Tidak mengapa, family aku pun dah tahu suami aku ni pendiam jadi mereka tak expect dia untuk bercakap.

"Adib mana?" Aku bertanya mak ayah aku tentang perihal abangku.

"Keluar dengan kawan." Ibu aku menjawab.

"OK kerja dia?"

"Alhamdulillah. Kami semua kat rumah ni baik je. Kamu?"

"Mira dan Fahri pun OK je, ibu."

"Kamu plan nak ada anak bila?" Ibu bertanya soalan cepumas.

"Haha..." Aku tergelak lemah, Fahri buat-buat batuk. Ayah aku hanya tergelak melihat reaksi kami berdua.

Anak. Aku dengan Fahri memang nak sangat dikurniakan anak sulung. Dah cuba banyak kali tapi apakan daya, masih tak ada rezeki.

"Ala, ibu ni. Mira dengan Fahri kerja, jadi busy sikit. Lagipun, kita tunggulah baby Kak Lipa keluar dulu." Aku cuba mengelak soalan ibu.

Ibu tergelak, "Ibu saja tanya. Tak meminta pun. Kamu jangan rasa pressure pulak."

"Hehe, ya Mira tahu. No rush." Aku tergelak lemah.

Kadang-kadang aku pun rasa sedih setiap kali period aku datang. Itu maknanya aku tak mengandung lagi. Aku tahu, aku baru je kahwin 2 tahun lepas dan tak terlambat lagi untuk dapat anak, tapi... Entahlah. Macam dah lama je aku tunggu.

Sekarang aku rasa nak nangis tapi aku tahan. Mesti mak ayah aku nak cucu ramai, tapi aku ni pulak tak pregnant lagi. Haih.

Tangan aku tiba-tiba digenggam Fahri kuat di bawah meja. Aku tersenyum. Nasib baik aku ada dia.

C | CuddleWhere stories live. Discover now