35 - birthday

25K 1.8K 75
                                    

Fahri tercegat di hadapan kedai tu lama-lama. Dia rasa gugup apabila terbayangkan betapa banyaknya soalan yang akan ditanya oleh tuan kedai tu nanti. Pak guard pegang senapang tepi tu langsung tak bantu dia rilek.

Fahri menarik nafas dalam lalu menghembusnya.

Saiz 9. Silver. Diamond.

Dia mengulang-ulang informasi tu dalam minda. Dengan ucapan bismillah, dia masuk ke dalam kedai tu dengan kaki kanan. Ceh, macam nak masuk dewan exam pulak.

🎉

2 minggu kemudian

"Ri, bangun, Ri. Phone awak bunyi. Ada orang call." Aku menggerakkan tubuh Fahri yang sedang lena tu.

"Hmmm." Dia berbunyi sambil bangun dari pembaringan. Matanya digosok dan mukanya berkerut apabila membaca nombor tidak dikenali sedang menelefonnya, menunggu untuk dijawab.

"Hello?" Fahri berkata dengan suara baru bangun tidur. Dia kemudian menguap.

Tetapi selepas itu mata dia dibulatkan. Muka dia nampak terkejut.

Dia terus bangun dari katil dan berkata, "Ha, alright. Nanti saya datang. Terima kasih." Lalu call tamat.

"Ri, siapa?" Aku tanya.

"Er, kawan. Amirah, saya nak keluar jap tau. Sekejap je. Urgent."

"Ofis panggil ke?"

Dia terdiam sekejap lalu mengangguk.

Aku memuncungkan bibir, "Pergilah. Tapi jangan lama sangat tau. Hari ni kan cuti!"

"Baik, puan." Dia mencium pipi aku lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

🎉

Lunch aku bersama keluarga mertua diganggu oleh kedatangan mengejut Fahri yang tiba-tiba balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Dia keluar sejak pagi dan sekarang baru nak balik. Dalam genggaman tangan kanannya terdapat sejambak bunga ros manakala tangan kirinya memegang sekotak kek. Muka dia terkejut apabila melihat ramai orang sedang duduk di meja makan sambil menjamu selera dengan aku.

"Woi, kau menghilang mana?" Perempuan di depan aku menyapa Fahri.

Fahri yang tercungap-cungap itu menjawab soalan itu dengan soalan lain, "Korang buat apa kat sini?"

"Kitorang datang nak celebrate birthday adik ipar aku yang comel ni. Tak sangka pulak laki dia sempat pergi buat kerja overtime." Kata Amani dengan sarkastik sambil menghulurkan tangannya kepada Fahri untuk disalam. Fahri menyalam tangan kakaknya itu lalu dibuat perkara sama kepada ahli keluarganya yang lain; mama, abah, Akmal dan Amalia.

"Sorry." Fahri terduduk di sebelah aku akibat kepenatan. Aku nak je usap kepala dia tapi malulah aku kalau aku buat benda tu depan family-in-law. "Nah, untuk awak." Fahri memberi aku bouquet rose tu sambil meletakkan kek atas meja.

Dia ni tahu-tahu je aku suka bunga. "Thank youuu. Makan dulu, Ri." Aku menjemputnya makan.

Dia mengangguk dan menunggu sambil aku meletakkan nasi dan lauk hasil masakan aku di atas pinggan. Kakak ipar aku membuka kotak kek manakala adik ipar aku pulak mengambil piring dan sudu untuk makan kek.

C | CuddleWhere stories live. Discover now