71 - kampus

19.7K 1.7K 369
                                    

"Wah, nostalgik gila."

"Tu ah."

Kami duduk di situ sambil termenung melihat tasik. Ternampak beberapa pelajar sedang berjoging sekeliling trek taman tasik itu.

Sebenarnya episod holiday kat Terengganu hari tu tak habis lagi. On the way balik kitorang ada lalu universiti tempat aku dengan Fahri belajar dulu. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak lawat pulak.

"Makin tua ni saya rasa makin malas nak berjoging." Aku memecahkan kesunyian.

"Hm, sama ah." Fahri bersetuju.

"Sama? Awak tak pernah suka joging pun."

Fahri ketawa kecil, "Pergilah joging. Saya tunggu sini."

"What? Takde kerjalah saya, nanti berpeluh. Lagipun," Aku melihat peha aku, "saya dah gemuk..."

Fahri mengerutkan kening. Dia turut sama tengok peha aku yang lebar tu, "Sama je?"

"Awak tak nampak beza Riri sebab awak nampak saya setiap hari. Jap, saya cari gambar kahwin." Aku mula scroll gallery aku. Gambar kahwin aku sentiasa aku akan simpan dalam phone.

"Tengok!" Aku menunjukkan gambar aku dengan Fahri pada majlis bersanding kami.

Fahri meneliti gambar itu kemudian berkata, "Hm, haah. Awak dah naik sikit. Tapi sikit je."

"Uhuuu, badan atletku~" Aku pun teliti gambar tu, teliti Fahri dalam gambar tu sebenarnya. Baru aku perasan, "Awak pun naik jugaklah, Ri!"

"Yedok?"

"Ye! Hahaha, gemuk."

"Cakap pasal diri sendiri ke?"

Aku ketawa, "Takpelah. Tu maksudnya kita happy, kan?"

Fahri mengangguk bersetuju.

Aku tersengih. Selepas itu aku dan dia berdiri dari bangku taman tu sambil membawa segala hasil belian dari kafe He & She tadi.

"Jom pusing satu kampus!" Aku mengajak.

"Larat ke? Awak kan gemuk?"

"Siapa nak tahu, Fahri suka bodyshame orang!" Aku separuh menjerit kat taman tu. Fahri hanya ketawa.

"Gurau jelah. Jom." Fahri memulakan langkah lalu meninggalkan aku di belakang.

"Oi, tunggulah." Aku berlari anak mengejar dia. "Fahri, saya ada game!"

"Tak habis-habis."

"Jom kita pura-pura jadi student." Aku terus bagitahu dia pasal game aku sebab aku tahu dia akan main gak.

"OK."

Aku tersenyum riang kemudian aku cuba capai tangan dia, tapi ditepisnya, "Apa ni? Kata student." Dia memberi alasan.

Oh. Haah en.

Fahri membuat gaya tangan seolah-olah menghalau aku dari mendekatinya, "Jauh sikit. Halal gap."

Tak sampai seminit game bermula, aku dah mula menyesal.

"Kalau camtu, kita kena guna 'kau aku'." Aku pula beri arahan.

"Boleh je."

Aku dan dia berjalan lagi dalam kesunyian. Bila teringat balik, jalan yang kitorang lalui sekarang nilah jalan yang kitorang lalui waktu first time Fahri open up kat aku suatu masa dahulu.

C | CuddleWhere stories live. Discover now