32 - mimpi

25.2K 1.9K 190
                                    

Fahri sedang tidur di atas sofa sambil memeluk Toya, kucing singgahan di rumah kami.

Aku mencuit tangan Fahri untuk mengejutnya. Dia bangun lalu menguap dan berbunyi, "Meaaww."

Hahaha comel.

Kemudian Fahri menggosok pipinya di tangan aku. Macam kucing.

Aku mengusap kepala dia. Dia diam. Nampak macam dia suka aku buat camtu.

Kemudian dia jilat jari aku.

"Hei!" Aku menarik tangan aku dari dia. Muka aku terasa panas.

"Meaw." Dia berbunyi lagi.

"Fahri, kalau awak jadi manusia lagi comel. Jadi saya perintah awak untuk jadi manusia sekarang jugak!" Aku mengarah dia.

"Meaaaaaawww." Dia tidak mengendahkan aku dan masih berbunyi seperti kucing kelaparan.

"Fahri!"

"Saya kat sini, Amirah."

Aku memandang sumber suara tersebut. Mata aku sedang bertentangan dengan mata Toya.

"H-Hah?" Aku keliru.

"Saya tertukar badan dengan kucing ni." Toya berkata.

"Hahaha. Kelakar." Aku membalikkan mata.

...

Bila aku fikir balik, kenapa kucing tu boleh bercakap?

"EEE!!" Aku membaling bantal kusyen ke arah kucing tu.

Toya lari mengelakkan diri dari balingan aku. Manakala Fahri masih melekap pada aku sambil berbunyi, "Meaaaww."

"Amirah, awak kena percaya! Saya suami awak, Aidan Fahri!" Kucing itu bersungguh meyakinkan aku.

"YE KE?"

"Iya!"

Aku terdiam lalu berfikir sejenak sama ada aku mahu percayakan kucing ni ke tak. Tiba-tiba aku menangis, "Kenapa awak jadi kucing, Ri?"

"Awak jangan risau, Amirah. Ada satu cara awak boleh tukarkan saya semula ke badan asal."

"Camne?"

"Awak kena tampar 'Fahri' kat sebelah awak tu. Tampar dia sekuat mungkin. Tampar dia macam awak nak dia pengsan."

"What? NO! Saya tak sampai hati!"

"Jangan risau, Amirah. Saya tak akan rasa sakit."

"Toya? Dia akan rasa sakit ke? Kalau saya terbunuh dia macam mana?"

Kucing itu terdiam seketika lalu berkata, "Takpe. Paling-paling pun pengsan je. Lepas ni, saya belikan makanan mahal untuk dia."

Aku menelan air liur. "OK..." Tak sangka aku sedang berkomunikasi dengan kucing.

Aku memandang Fahri yang sedang berpaut pada aku.

"Tch tch?" Aku memanggil. Dia pandang.

Aku nak benda ni habis cepat. Jadi aku tutup mata dan menghayunkan tangan aku ke pipi dia. Sekuat yang boleh.

Pap!

Aku terjaga dari tidur. Mata aku terjegil, jantung aku masih berdegup kencang. Ya Allah, nightmare betul!

Aku terbangun dan ternampak tangan aku sedang melekap di pipi Fahri.

"F-Fahri..?" Aku kembali berdebar. Kalau dia jawab dengan 'meaw' camne?

"A-Amirah.. Awak mimpi saya jadi orang jahat ke?" Fahri terduduk dan memandang aku. Tangannya diletakkan di pipi sama yang aku sentuh tadi.

"Er, tak pun. Tapi—"

"Tapi kenapa sampai tampar saya?"

Mata aku terbuka besar memandang dia.

"Sekejap, benda dari mimpi saya bawak ke real life ke?" Aku bertanya.

"Huh?" Fahri mengerutkan kening.

"Saya mengigau! OMG, sorry Fahri!!! Ya Allah, kesiannya awak!" Aku terbangun lalu check pipi dia.

"Takpe, Amirah. Tapi sakit betul." Fahri mengeluh.

"Sorry sangat sangat sangat!!! Sumpah saya tak nak pun buat macam tu. Fahri, sorryyyyyyyyy." Aku berkali-kali mintak maaf.

"Its o–"

"Saya ambikkan susu strawberry untuk awak ye? Jap eh?" Aku memotong ayat Fahri lalu lari ke dapur.

Dalam dapur aku disapa oleh satu lagi entiti yang muncul dalam mimpi aku tadi.

"Meaaw." Toya berbunyi.

"Oh my God." Aku terjegil mata memandang makhluk tu.

Kucing itu menggosok badan di kaki aku sambil aku mengambil susu strawberry untuk Fahri. Terasa seram sejuk bila Toya buat camtu kat aku.

"Fahri, nah." Aku kembali semula dalam bilik dengan susu.

Fahri memberi aku pandangan kosong.

"Kenapa?" Aku bertanya.

Fahri menghalakan jari telunjuk ke arah objek di tangan aku.

"Huh?" Aku membalas sambil memandang mangkuk di dalam tangan aku yang diisi dengan cecair warna pink lembut.

Mangkuk ye, bukan cawan.

Aku termenung lama lalu memandang semula Fahri yang turut buat benda sama kat aku.

"...Amirah." Fahri memanggil.

"Ye saya?"

"Awak OK ke tak sebenarnya?" Kali ini pandangan Fahri menunjukkan ekspresi yang dia sedang sangat risau.

"Saya OK... Jap, saya letak dalam cawan."

"Tak payah. Awak datang sini." Fahri memanggil aku.

Aku akur perintah suami. Dalam beberapa saat aku sudah berada di sisi dia di atas katil tu.

"OK, awak cuba cerita mimpi ngeri awak tadi yang buat saya turut terkena ngeri dia." Fahri menghirup susu strawberry dalam mangkuk tu.

"Riri!"

"Tak apa, susu strawberry dalam apa jua bekas pun tetap saya akan minum." Fahri tersenyum selepas dia secara tak sengaja menyatakan bahawa cintanya terhadap susu strawberry mengatasi cintanya terhadap aku.

Aku tersenyum lalu menarik nafas dalam dan menghembus. Kemudian aku mula bercerita tentang mimpi aku tadi.

"Jadi sebab tulah saya tampar awak." Aku menghabiskan cerita.

Fahri tergelak dari part aku cerita yang dia dalam badan kucing. Bila difikirkan balik, agak kelakar ye mimpi aku tu.

"Awak letak susu dalam mangkuk sebab awak ingat saya kucing bertopengkan manusia ke?" Tanya Fahri.

"Mungkin. Saya tak nak awak jadi kucing, Ri. Sumpah. Awak versi manusia berjuta-juta kali lagi cute dari kucing." Aku memeluk dia erat.

"Meaw." Dia berbunyi.

"Woi tak kelakar!" Aku memukul tangan dia. Dia ketawa.

Fahri kemudian mengambil tangan aku lalu menjilatnya.

"Ew, apa benda awak buat ni?!" Aku menarik tangan aku dari dia tapi dia tahan.

"Heheh." Dia tersenyum nakal.

🐈

hi quick question:
kalau saya nak update 2 chapter seminggu, korang prefer hari apa untuk update selain jumaat?

thank u for answering 🌹

C | CuddleWhere stories live. Discover now