83 - rindu

13K 1.6K 272
                                    

Seminggu bekerja berlalu bagaikan angin.

"Ha, kan saya dah kata. Tak perlu risau~" Amirah meyakinkan suami dalam panggilan setiap malam mereka.

Terdengar Fahri tertawa halus, "Baguslah."

"Saya boleh go on for a month like this."

"Mmm, iyelah, Mirah." Fahri layankan aje. "Rabu nanti awak ada site visit, eh?"

"Ha ah. Awak lak Khamis ada presentation, kan?"

"Ya, presentation depan VIP."

"Oh my~ OK, do your best, honey. Nanti awak naik pangkat belikan saya beg baru."

"Mmm, pape jelah."

Dan mereka berdua bersembang sehingga larut malam.

Selepas habis call, Amirah terlentang di atas katil sambil merenung siling.

Amirah tipu sebenarnya. Dia penat nak mampus. Setiap hari bangun pukul 4 pagi untuk bersiap pergi kerja, sampai rumah pukul 8 malam. Malam kena main dengan Zennirah. Pukul 10 malam on call dengan Fahri. Pukul 11 baru tidur. Begitulah kitarannya. Sabtu dan Ahad pulak ibu ayah bawak keluar jalan-jalan. Hampir tak berehat Amirah.

Esok dah Isnin semula, kena kerja balik. Cepat betul masa berlalu.

Amirah mengeluh berat, dia langsung ingkar perintah suami dia supaya dapatkan rehat secukupnya. Tapi bukan salah dia. Itupun dikira derhaka ke?

Amirah terlalu penat nak berfikir. Takpelah masa pun berlalu macam laju je, mungkin sebulan akan hilang dalam sekelip mata.

🦋

Sejak kebelakangan ni cuaca panas sungguh. Bak kata orang, cuaca paling sempurna untuk site visit.

Dengan tanpa relanya Amirah menyarungkan topi keselamatan. Dia menapak keluar kereta ke atas tanah gondol merangkap tapak pembangunan. Satu langkah keluar, badan dia sudah tak stabil, nasib baik dia bertahan kat kereta.

Terkejut Amirah. Ghisau. Dia menelan air liur kemudian cuba lagi berjalan ke arah kontraktor, jantungnya berdegup kencang.

Panas... Panasnya.

Amirah seakan-akan tak boleh bernafas. Akhirnya badan dia menyerah kalah dan apa yang dia nampak hanyalah kegelapan.

🦋

Kali seterusnya dia buka mata, rasa tajam amat kerana apa yang dia nampak hanyalah putih. Dinding putih, selimut putih. Beberapa detik diambil Amirah untuk mengecam lokasi dia berada sekarang.

Ah, tempat ni ke...

Ibu dan ayah berada di sisi dia, "Mirah?" Sahut ibu lembut.

"Ibu, apa jadi?" Amirah mengaduh kesakitan apabila dia cuba duduk.

"Kau pitam, Mirah. Overwork."

Amirah mengerutkan kening. Overwork? Tang mana?

Oh my—

"Baby! Baby OK tak?!" Amirah menaikkan suara sambil dia cuba untuk berdiri hingga sakit kepala dibuatnya. Suaranya cemas.

"OK, Mirah. Baby tak ada effect apa-apa. Cuma itulah, bahaya tau tak cukup rehat waktu pregnant ni." Ibu menenangkan lalu membaringkan Amirah dengan lembut.

C | CuddleWhere stories live. Discover now