9 - hehe

38.1K 2.4K 237
                                    

"Sayang~"

Tak. Itu bukan aku yang cakap. Itu Fahri. Aku pun terkejut jugak bila Fahri tiba-tiba sapa aku dulu. Cara manja pulak tu. Ini namanya once in a blue moon.

"Huh? Demam ke?" Aku pulak yang takut dengan laki aku ni.

Dia menggeleng, lalu baring di riba aku.

"Salah ke panggil isteri camtu?"

"No, saya tak pelik pasal gelaran tu. Saya pelik dengan cara awak cakap. Manja semacam."

"Hehe."

"OMG, ni betul ke Fahri?"

"Asal?"

"Fahri mana gelak camtu."

"Gelak camne?"

"Hehe.." Aku melakonkan semula tawa dia.

Dia tersenyum. Oof, cair aku dibuatnya. Aku ingat lagi waktu sekolah dulu punyalah jarang dia nak senyum. Even bila dia dikelilingi kawan-kawan, muka poker face dia sentiasa menjadi topeng.

Tapi lepas kahwin ni, makin banyak pulak lahai dia senyum. Dan bila dia buat camtu, automatik aku pun akan turut tersenyum.

"Huhu." Aku berbunyi.

"Hm?"

"Cutenya Fahri senyum.."

Seraya mendengar ayat aku, Fahri bangun dari pembaringannya.

"Camne kerja? Best?" Fahri tiba-tiba bertanya soalan yang agak pelik dan tiba-tiba.

"Huh? Peliknya soalan awak."

"Jawab jelah."

"Erm, biasa je kerja. Kenapa tanya?"

Fahri terdiam sebentar sebelum dia berkata, "kalau kita dah ada anak nanti, awak sanggup tak berhenti kerja?"

Aku membesarkan mata. "Awak nak saya jadi suri rumah?"

Fahri mengangguk.

Aku termenung buat beberapa saat dan mengembalikan fokus aku kepada suami tersayang.

"Kalau awak rasa itu yang terbaik bagi saya, then saya tak kisah." Aku berkata lalu tersenyum.

Fahri memandang aku lama lalu dia menyentuh pipi kanan aku dengan tangannya.

"Amirah, saya suka tengok awak senyum." Tiba-tiba dia memuji aku.

Kali ini aku pula yang menyentuh kedua-dua pipinya dengan tangan aku, "Saya lagi suka tengok awak senyum, Ri."

"Hm." Fahri menundukkan wajahnya kerana malu. Dia kemudian kembali baring di riba aku. Aku dapat rasakan yang dia sedang cuba untuk tidur.

Entah kenapa wujud perasaan takut dalam diri aku apabila melihat Fahri sebegini. Nak mati dah ke?

"Fahri, jangan mati lagi! Saya tak nak jadi balu!" Aku mengejutkan dia.

Fahri bangun dari pembaringannya sekali lagi.

"Kenapa cakap camtu?"

"Awak ni, tiba-tiba je perangai pelik. Takutlah saya!"

Fahri mengeluh apabila mengenang nasib beristerikan aku. "Semua orang akan mati."

"Tak membantu langsung! Kalau awak sayang sangat kat saya, lebih baik awak cakap awak takkan mati sebelum kita ada at least 6 orang anak."

"Saya tak sayang awak." Jawab Fahri ringkas kerana dia malas untuk menjawab demand aku. Akhirnya dia baring lagi sekali untuk cuba mendapat tidur yang tenang. "Tidurkan saya tanpa bunyi. Awak ni bising sangat." Apabila Fahri meminta aku tidurkan dia, dia maksudkan supaya aku mengusap kepala dia.

Aku pun mengusap kepala dia sambil terfikir, suami aku ni macam kucing, kan?

"Meaw." Aku mengusik dia.

"Shh."

"Meaww."

Dia tak layan.

Sebijik macam kucing.

C | CuddleWhere stories live. Discover now