89 - time skip

13.4K 1.4K 189
                                    

"Mommy, tengok Zenni lukis styoberri." Zennirah yang baru balik dari tadika itu dengan bangganya menunjukkan kertas A4 dihiasi sebiji buah strawberi berwarna merah terpampang besar.

Amirah ternganga, "Omo! Comel betul!!! Kalau Zenni tunjuk ni kat daddy confirm daddy akan show off kat semua kawan ofis dia!"

"Daddy berlagak?"

"Yes, daddy berlagak!"

"Tapi bukan ke berlagak tu berdosa?"

Amirah termati kata sekejap, tapi mulut dia yang kuat berceloteh itu pantas sahaja dapat idea untuk cakap apa, "Kalau berlagak pasal strawberry tak berdosa."

"Yeke?"

"Yes! Sekarang pergi tunjuk kat daddy."

Zennirah pun dengan excited mencari empunya badan si ayah di sekeliling rumah. Tapi tak jumpa. Dia kembali semula ke pangkuan ibu, "Mommy." Panggilnya perlahan dari jauh.

Tapi Amirah tak dengar. Kenapa? Sebab Amirah sekarang ni syok tengah layan anak kedua dia si Faiq.

"Faiq suka kereta ke?"

Kanak-kanak lelaki yang baru berumur 4 tahun itu mengangguk faham, tapi dia enggan bercakap. Kecik-kecik lagi dah amik ciri-ciri ayah.

"Ya Allah, cantik betul Faiq lukis ni! Eh? Anak mommy ni Picasso ke? Ke Leonardo da Vinci? Omo." Amirah bersikap overdramatic.

Faiq hanya tersenyum lebar menunjukkan barisan gigi yang masih kecil. Dia kemudian menjengket sedikit, mendekatkan mulutnya ke telinga Amirah. Amirah ternganga kemudian menjerit, "Awwwwwwwwww, you're so sweet, sayang! Mana belajar mengayat ni?" Digomolnya pipi si anak kecil. Faiq tergelak.

Zennirah dari jauh hanya memerhatikan. Banyak beza sebenarnya cara si ibu react kepada lukisannya berbanding lukisan adiknya itu.

Jealousy.

Satu perasaan yang boleh dirasai manusia seawal umur setahun. Tak peliklah Zennirah yang sudah berumur 6 tahun ini berasa sedemikian melihat layanan ibunya terhadap adik lelakinya.

Tak boleh jadi ni. Dia nak attention jugak!

"Mommy~ Zenni nak susu coklat~" Zennirah merengek kepada Amirah.

"OK, sayang, sabar sekejap. Dah jumpa daddy?" Amirah bersiap sedia mahu berdiri.

"Belum... Daddy mana?"

"Oh, daddy dalam toilet—" Belum sempat Amirah menghabiskan ayat, entah bagaimana Faiq yang tadi berdiri di sebelahnya boleh terjelepok lalu kepalanya terhentak meja kopi.

Akibatnya, meraunglah budak tu. Amirah panik, "Ya Allah! Ya Allah ya Allah ya Allah! Faiq, baby!" Cepat-cepat dia mendakap anak kecil sambil mengusap bahagian kepalanya yang terhentak. "Shh shh shh, kesiannya. Takpe takpe nanti sakit tu hilang." Amirah cuba meredakan tangisan Faiq yang kuat itu.

Zennirah yang sedang di ambang kecemburuan itu makin membuak melihat situasi itu. Langsung tiada empati diberikan kepada adik sendiri. Baju ibu digenggamnya, "Mommy, nak susu."

"Sabar, Zenni! Tak nampak ke adik tengah sakit ni?" Amirah meninggikan suara sedikit kepada anak kecil yang tak boleh read the room tu.

Zennirah tersentak. Dia memuncungkan bibir, "Mommy memang lagi sayang kat Faiq dari Zenni, kan?"

"Hah?" Berkerut Amirah mendengar kata-kata anak sulungnya itu.

"Mommy tak sayang pun kat Zenni. Kalau camtu, Zenni pun tak sayang kat mommy! Zenni tak suka mommy!" Zennirah menoleh belakang untuk naik bilik tetapi dihentikan oleh figura ayahnya.

C | CuddleWhere stories live. Discover now