79 - lost contact

16.3K 1.6K 331
                                    

Zennirah yang sedang mencangkung tu mengetuk sudu keluli dalam tangan beberapa kali dengan lantai. Bunyi yang dihasilkan sudu tersebut memuaskan hati dia.

Tiba-tiba, ketukan luar kawalan dia membuatkan dia secara tak sengaja terpukul kaki dia. Tak sakit pun, cuma terkejut. Tapi Zennirah menangis jugak.

"Aaaaaa!!!" Zennirah meraung.

"Ahaha, cengeng." Amirah yang dari jauh memerhati gelagat dia hanya tergelak.

Fahri ternganga mendengar komen si isteri. Sanggup dia ejek anak sendiri macam tu? Dia menyiku isteri dengan lembut, "Jahatlah awak ni." Kemudian Fahri mula memanggil Zennirah untuk datang ke arah mereka.

"Eh, awak manjakan sangat dia. Nanti dia stop sendirilah tu." Amirah menambah.

Fahri menjeling Amirah. Panggilan dia tadi buatkan Zennirah berdiri dengan janggal, sambil menangis dia mula berjalan macam penguin campur ketam. Satu langkah kecil satu masa, tapi kengkang.

Amirah dan Fahri perhati sahaja anak sulung mereka yang berumur setahun itu. Proud parents moment.

Apabila sudah berada hampir dalam pangkuan ibu bapa, Zennirah memilih untuk memanjat riba Amirah.

Fahri ternganga lagi sekali. Dia rasa bagaikan dia baru sahaja dikalahkan dengan teruk sekali.

"Ohhoho!" Amirah tergelak jahat kepada Fahri, kemudian mula memujuk Zennirah, "Kesiannya sayang ni. Sakit ke?" Kaki 'cedera' Zennirah mula diusap.

Fahri termuncung kecil, "Kalaulah dia faham awak ejek dia tadi, mesti dia pilih saya..." Dia menggumam.

"Apa? Awak nak cakap saya tak layak dipilih dia?"

Fahri mengangguk.

Amirah menjelir lidah, "Dah kalah tu, diam je."

Jelingan tajam diberi. Walaupun masih merajuk dengan keputusan Riri Jr., tapi dia rasa terhibur melihat Amirah menyanyi lagu 'pain pain go away' sambil memeluk anak mereka.

Amirah ni teringatkan dia dekat manga onee-san—

"Aidan, Amirah? Dah ready ke?" Suara ini mengacau lamunan Fahri.

"Dah~!" Amirah menjawab.

Fahri terlupa. Dia sekarang sedang berada dalam rumah onee-san dia yang sebetulnya. Satu watak yang baru sekali buat kemunculan dalam cerita ni. Tak lain tak bukan, kakak Fahri bernama Amani Fadhilah.

*note; onee-san = kakak dalam bahasa jepun

🌷

Fahri tak suka pergi shopping mall dan tak faham kenapa Amirah suka sangat tempat ni. Bosanlah berjalan kehulu kehilir dalam bangunan besar—

"Ri, tengok ni! Comel, kan?" Sekali lagi lamunan Fahri dikacau. Kini oleh seorang Amirah yang sedang mencuba bunny hat di atas kepala. Telinga bunny tu bergerak ke atas apabila Amirah memicit hujung topi itu.

Fahri tarik balik apa yang dia fikir sebelum ni. Dia suka pergi mall.

"Nampak cam orang tak betul." Fahri mengejek isteri dia tapi masih mengeluarkan kamera untuk menangkap gambar Amirah.

"You try jugaklah!" Amirah mengambil lagi satu bunny hat untuk sarungkan di kepala Fahri, tapi Fahri menolak. Katanya nanti dia jadi tak betul cam Amirah, hakikatnya hanya malu.

Amirah memuncungkan bibir lalu menanggalkan topi tersebut dan meletakkan di tempat asal. Tangan Fahri kemudian ditarik lalu mereka pergi ke bahagian anak patung.

C | CuddleWhere stories live. Discover now