63 - midnight

18.4K 1.8K 311
                                    

Mata dibuka, bilik masih gelap. Jam menunjukkan pukul 2:15 pagi.

2 pagi? Fahri menoleh sebelah kanannya dan ternampak anaknya pun sudah terjaga. Tapi behave pulak dia, tak menangis mintak susu. Amirah masih lena dibuai mimpi.

Anaknya itu didukungnya kemudian dibawa ke luar bilik dengan senyap lalu didudukkan di atas sofa, kemudian Fahri menunjuk kedua-dua tangannya ke arah Zennirah dan bertanya, "Kanan PS5, kiri PC. Cepat, Zenni-chan. Pilihkan untuk ayah."

Dengan clueless-nya, Zennirah mencapai tangan kanan Fahri lalu menghisap jari ayahnya. Fahri tersenyum puas. Best jugak ada anak. Senang buat keputusan.

Sebelum mula permainannya, Fahri terlebih dahulu menukar lampin anaknya. Benda ni memang dibuat bergilir-gilir dengan Amirah. Kalau Amirah buat sorang mahu membebel je kerja dia.

.

.

.

Semestinya, harapan Fahri untuk main game dengan tenang tak dapat dikecapi. Selalu sahaja controller PS5 cuba dicapai Zennirah.

"Takleh la, Zenni-chan. Ni papa punya." Fahri selesa bercakap banyak dengan anak dia sebab dia tahu anak dia tak faham mende dan takkan balas pun. Rasa macam cakap dengan diri sendiri cuma lagi memuaskan.

Macam-macam alat permainan cuba diberi Zennirah tapi controller dalam tangan Fahri juga yang dimahunya. Dah bagi controller lagi satu, tetap tak menjadi.

Fahri mengeluh. Dia ternampak remote TV lalu cuba untuk distract Zennirah dengan benda tu.

.

.

.

Remote TV menang. Fahri tersenyum puas sebab dia dapat main dengan tenang sekarang.

Suasana tegang dalam game, fokus Fahri takleh bawak bincang. Dia memang tahu dia nak menang dah,

Sebelum kaca TV-nya bertukar hitam.

Mata Fahri dibesarkan. Tangannya yang giat tu terus terhenti. Satu pandangan diberikan kepada anaknya yang tanpa rasa bersalah sedang menggigit remote TV. Zennirah secara tak sengaja telah menutup TV dengan giginya.

"Zenni-chaaaaaaaaaaaaaaaan." Fahri merengek. Rasa geram yang amat tapi dia hanya mampu mengeluh.

Apabila ternampak ayahnya sudah terlentang di atas lantai sambil mempersoalkan erti hidup, Zennirah mengetepikan remote TV tadi lalu merangkak ke arah controller PS5 ayahnya di atas lantai.

Fahri perhati saja gelagat anaknya itu. Innocent betul.

Zennirah tidak mempedulikan ayahnya namun Fahri terus perhatikan dia. Bila fikir balik, bukan salah anaknya pun. Fahri sendiri yang bagi remote tu kat anak dia.

Betullah orang cakap, perempuan mana pernah salah.

Fahri tergelak. Dia lupakan hasrat untuk teruskan game dan memilih untuk bermain dengan anak dia.

Pintu bilik tidur berbunyi, dan Amirah dengan mata separuh buka mengerutkan mukanya dek lampu ruang tamu yang terang.

"Jennie taknak susu ke?" Tanya Amirah.

"Dia tak menangis pun."

"Hm, pelik." Amirah menuju ke dapur untuk minum air kemudian kembali ke pangkuan suami dan anak.

"Yang awak terbongkang kat sini bakpe?" Tanya Amirah kepada Fahri yang sedang terbaring di atas lantai.

"Saya ada cerita sedih."

C | CuddleWhere stories live. Discover now