15 - game over

33K 2.2K 187
                                    

"Walhamdulillahi rabbil alamin.."

"Aameen.." Aku meng-amin-kan doa Fahri. Doa kami.

Selepas habis solat Isyak beserta doa, dia menoleh belakang untuk melihat aku yang sedang melipat sejadah. Aku yang perasan tentang itu, mengangkat muka untuk menyelaraskan mata kami.

Terlihat tangannya sedang dihulurkan ke arahku. Dia nak aku salam dia.

Aku tersenyum sinis lalu mengangkat kening, "Dah kali keberapa awak lupa pasal permainan awak ni?"

"Oh, haah..." Dia menggunakan tangan yang mahu disalam tadi untuk mengemaskan rambutnya.

"Awak dah rindu dekat saya ke?" Aku bertanya dia sambil tergelak jahat.

"Iye."

"Hehe."

"Sekarang pukul berapa awaknya?"

Aku melihat jam lalu memberitahu, "Pukul 8:36 lah awaknya. Pukul 2 pagi nanti baru awak dapat peluk saya."

"Apa kata kita awalkan masa yang sepatutnya kita habiskan game ni?" Fahri bercadang.

"Ah, apa pulak! Tunggu jelah sampai habis!" Aku terus tergelak jahat. Aku buat macam aku pulak yang cipta game ni.

"Hmm..."

👫

"Hoi, tak nak tidur ke?" Aku memarahi Fahri yang sedang 'berperang' dalam phonenya. Sekarang baru pukul 11:52 malam dan kami sedang bersiap sedia untuk tidur.

"Awak tidur dulu. Muah, lebiu." Fahri sempat memberi aku flying kiss tanpa pause game dia. Tangan sebelahnya lagi giat menekan-nekan skrin.

Aku membalikkan mata lalu menyelesakan diri aku di sebelahnya. "Bila akan habis game ni?"

"Tengok ah. Paling awal kul 1." Dia berkata tanpa memandang aku.

"K, tidur lu. Bye assalamualaikum."

Dia menjawab salam aku dan membiarkan aku lena terbuai mimpi.

👫

"Amirah.. Amirah.."

"Hm?" Aku yang mamai itu dikejut lembut.

"Bangun bangun." Suara Fahri perlahan sahaja mengejut aku.

"Apa dia. Saya tak dengar bunyi alarm pun." Aku berkata dalam keadaan separuh sedar.

"Buat apa nak ada alarm kul 2?"

"Hah?" Kali ini aku bangun dari pembaringan. Muka Fahri samar-samar disuluh dengan lampu katil yang malap. "Apa benda awak cakap ni? Sekarang pukul berapa?" Aku mencapai phone yang diletakkan di meja bersebelahan katil. Tertera jam pukul 2:03 pagi. Terkejut aku bukan main lagi. "Apa lahai motif awak nak kejut saya pukul 2?" Kata-kataku dicampur dengan kegeraman dan intonasi penuh tanda tanya.

"Game over." Fahri berkata sambil mengangkat tangan kami yang saling berlingkar antara satu sama lain.

Aku, dalam keadaan 3 per suku sedar tu, cuba memproses perangai pelik Fahri yang perlu aku hadapi pada pukul 2 pagi ni.

Jangan cakap..

"Fahri!! Ya Allah, sebab tu je ke awak kejut saya pukul 2 ni?"

Dia mengangguk sambil tergelak sedikit. "Dah, awak boleh tidur balik. Sorry." Dia tersengih lalu membuatkan aku baring mengikuti dia.

"Sekejap."

"Huh?"

"Nak try another round tak?" Aku memberi cadangan.

"Apa? Game ni?" Fahri bertanya. Aku mengangguk laju sambil tersenyum sinis.

"Awak boleh tahan ke?" Fahri menyoal aku.

"Tanya diri sendiri ke?" Aku soal dia balik.

"Tak. Saya tanya awak. Awak boleh tahan ke?" Dia tanya lagi sekali.

Aku berfikir sejenak sebelum menjawab, "Tak." Lantas itu, terus aku memeluk dia. Haih, ini adalah salah satu di antara nikmat Tuhan. Dapat menyentuh suami kau selagi masih ada peluang. Ternyata aku rindu sangat nak peluk dia. Tak sangka aku hidup selepas 24 jam berlalu tanpa peluk Fahri (ceh padahal aku pernah outstation 3 hari tanpa dia).

Fahri membalas pelukan aku dengan erat sampai aku rasa tulang belakang aku macam nak patah. "OK. Dah, tidur lah wahai anak muda." Dia menutup lampu katil.

Aku menggosok pipi aku pada tangannya seperti kucing.

Tak lama selepas itu, kami berdua tidur mati.

C | CuddleWhere stories live. Discover now