50 - kolej

23.9K 1.8K 390
                                    

note: ini flashback waktu zaman kolej amirah dan fahri

enjoy.

🐞

I did it. Aku dah buat benda bodoh.

Selepas habis kelas pagi tadi, keinginan aku untuk berjumpa dengan Fahri membuak-buak. Aku nak jumpa dia. Nak cakap dengan dia. Rindu crush aku sorang tu.

Oleh sebab itu, sekarang di sinilah berdirinya aku, di atas lantai bangunan fakulti kejuruteraan.

Amirah, kau ni bengap tahap apa? Kau ni sumpah hopeless. Yakinnya kau Fahri ada kelas sekarang ni. Eee, aku geram dengan tindakan tanpa berfikir aku ni.

Kalau Fahri kat bilik hostel dia sekarang, macam mana? Takkanlah aku nak pecah masuk hostel dia kot. Aku tak nak jadi pencetus kes pertama pelajar perempuan ceroboh hostel lelaki.

Ergh, selepas aku sedar yang aku tak layak dan tak patut ada kat situ, aku mula melangkah pulang.

Tapi kan, alang-alang aku ada kat sini, lebih baik aku bersiar-siar sekejap. Boleh tengok muka orang-orang pandai. Dan ramai kata budak engineer encem-encem dan lawa-lawa, so amarilah kita mencuci mata.

🐞

Mencuci mata aku bukan biasa-biasa. Sampai ke tingkat 3 aku naik bangunan tu.

Tak sia-sia ya aku cuci mata kat sini. Dengan ini aku mensahihkan khabar angin bahawa pelajar kejuruteraan semua visual belaka.

Aku berjalan seperti biasa di aras 3 tu dengan niat dalam hati yang ini akan menjadi aras terakhir aku kat sini.

NGIK

Pintu salah satu kelas di aras tu berbunyi. Aku berdebar menunggu sambil terfikir siapalah yang bukak pintu sampai menghalang pemandangan aku ni. Agak-agaknya yang bukak daun pintu tu visual jugak ke?

Selepas itu seorang pelajar lelaki keluar dan memandang aku.

Jodoh.

Jodoh weh. Sumpah jodoh.

Dalam ramai-ramai orang, Fahri jugak yang kena bukak pintu tu? Oh my God, memang taklah aku nak fikir yang semua ni kebetulan je!

"Amirah?" Fahri bertanya hairan. Macam mana aku boleh sesat kat sini?

Kemudian pelajar-pelajar lain dalam kelas tu berpusu-pusu keluar dan semua pandang aku. Walao wei inikah balasan aku sebab pecah masuk fakulti orang?

"Hehe, hai Fahri. Em, aku sesat." Aku menipu tergelak nervous.

"Makwe Aidan ke?" Tanya salah seorang classmate lelaki Fahri di belakang.

"Diam-diam berisi kau, Dan!"

"OMG, Aidan ada makwe? Boleh percaya ke?"

Hai semua. Title makwe tu saya belum dapat lagi tapi saya masih dalam proses untuk mencapainya.

"Dia junior kelab photography. Jom, Amirah. Korang gi dulu." Fahri menjawab ringkas lalu membawa aku ke tempat lain.

C | CuddleWhere stories live. Discover now