27 - kepala dan ekor

26.9K 2K 199
                                    

Fahri menguap sambil menutup komputernya selepas beberapa jam berperang dalam alam maya.

Dia kemudian masuk ke dalam bilik tidur yang gelap dan ternampak Amirah sedang tidur terbongkang. Dia dah takluk hampir satu katil tu.

Fahri mengeluh melihat isterinya yang tak sedar tu. Kalau katil king bolehlah dia buat camtu, tapi dorang hanya mampu katil queen.

Dengan perlahan Fahri mula menggerakkan badan Amirah, memastikan dia dalam posisi teratur. Selepas tu barulah Fahri dapat baring di sebelah Amirah.

Dia baru je nak pejam mata. Tiba-tiba keluar lagu,

LEFT AND RIGHT
LEFT AND RIGHT
LEFT AND RIGHT

"Rip it rip it." Amirah mengigau dalam tidurnya, menyambung lagu yang dia pasang sebagai alarm tu.

Mata Fahri celik. Dia mencapai phone Amirah di sisi katil dan melihat jam sudah pukul 5:15 pagi. Amirah memang selalu camtu. Kunci jam pukul 5 pagi. Nanti dalam beberapa minit dia akan bangun dan memulakan hari dia. Bukan macam Fahri. Kalau boleh pukul 7 pagi baru Fahri nak bangun.

Fahri menutup alarm tu dan meletakkan semula phone atas meja. Dia kemudian mencucuk-cucuk pipi Amirah guna jari telunjuknya dengan niat nak bangunkan dia.

"Perut kucing." Amirah mengigau lagi. Apa benda dia ni?

Fahri tersenyum. Dia give up nak gerak Amirah bangun, jadi dia meneruskan hajat untuk tidur. 5:30 nanti mesti ada bunyi alarm lagi jadi lebih baik dia lena sebelum tu.

Sebelum dia betul-betul tidur, dia pandang Amirah buat kali terakhir dan berkata, "Sorry saya biar awak tidur sorang-sorang."

Dia mengucup pipi Amirah lalu tidur.

"OMG, Riri. You tidur pukul berapa semalam? Sampai ada dark circle bawah mata." Aku menegur Fahri selepas tengok muka dia yang nampak tak cukup tidur tu.

"Secret."

Aku pandang dia lama lalu menepuk tangan satu kali. Aku ada idea bernas.

"Awak nak saya pakaikan makeup tak untuk awak?"

"Tak nak."

"Alaa! Pakai concealer je bawah mata tu supaya tak nampak sangat dark circle awak tu!"

Fahri menggeleng kepala. Dia kemudian melihat pantulan diri di dalam cermin, "Tak teruk pun."

"Memanglah tak teruk sangat tapi awak nak bawak muka macam tu pergi kerja ke?"

Fahri mencebik.

"Saya bagi awak kopi." Aku beritahu dia.

Fahri menggeleng-geleng lagi. Dia benci kopi.

"Dah tu? Kalau awak mengantuk macam mana?"

Fahri mencebik macam budak tengah memberontak.

Aku mengecilkan mata memandang dia.

Kemudian aku berjalan mendekati dia dan peluk dia sekuat mungkin.

"Buat apa ni?" Fahri tanya aku.

"Saya tengah bagi awak wife energy recharge!"

C | CuddleWhere stories live. Discover now