42 - panas

24.3K 1.9K 156
                                    

Fahri terbangun dari tidur kerana dia berasa panas yang amat. Dia membuka T-shirt nipis yang dia pakai kerana terlalu panas.

Dia pandang ke sebelah dan ternampak Amirah sedang tidur sambil muka berkerut. Amirah memakai pajama lengan panjang dan lehernya kelihatan berpeluh di bawah cahaya lampu tidur.

Fahri kesian melihat isterinya itu. Dia kemudian dengan perlahan menanggalkan butang di pajama Amirah bermula dari atas. Niatnya mahu kasi berangin sedikit.

Baru dua butang dia buka, Amirah sudah terbangun. Mata dua manusia itu bertemu dan Fahri terkaku.

"Ri, awak buat apa?" Amirah melihat tangan Fahri yang sedang memegang butang bajunya.

"Er..."

"Awak nak serang saya waktu tidur ke?" Amirah memotong percakapan Fahri.

Fahri menggelengkan kepala.

Amirah mengecilkan mata, "Yeke?"

Fahri mengangguk laju.

Amirah menepis tangan Fahri lembut, lalu dia bangun dan membaringkan Fahri.

"Dah tu, kenapa awak tak pakai baju?" Tanya Amirah.

"Panas."

"Yeke?" Amirah mengusap pipi Fahri.

Jantung Fahri berdebar, "Amirah, awak kena ingat kita dekat rumah nenek saya sekarang ni."

"Jadi?"

"Jadi... Urm..." Sejujurnya, Fahri berasa sangat takut dengan isterinya sekarang.

"Awak tak sepatutnya serang saya waktu tidur, tau?" Amirah memberi pengajaran.

Fahri menelan air liur, "Sis is really skek right now."

"Hahaha, padan muka. Awak kena terima hukumannya."

"Awak mamai ke sekarang ni?"

"Saya sedar sepenuhnya, Fahri." Amirah mendekatkan wajahnya ke wajah Fahri. Bila mereka hampir bersentuhan, mata Amirah tertancap pada tilam mereka lalu Amirah dengan kuat memukul tilam tersebut.

Fahri membesarkan mata akibat terkejut. Jantung dia berdegup dengan sangat laju sekarang ni.

"Cis, terlepas." Amirah membebel.

Fahri mengerutkan kening. Huh?

Amirah berjalan ke pintu untuk membuka suis lampu. Bilik itu disinari cahaya pendaflour yang terang.

Amirah dengan tekun memandang udara kosong seperti mencari-cari sesuatu. Kemudian dia menepuk udara tu.

"Yeay, dapat!" Amirah bersorak gembira sambil menunjukkan mayat nyamuk di telapak tangannya kepada Fahri.

Fahri terlopong melihat isterinya itu. Sekarang baru pukul 2 pagi, tapi kenapa random sangat perangai dia?

Amirah pergi ke bilik air untuk membasuh tangan dan dia keluar sambil mengikat rambutnya menjadi bun.

"Panasnya." Dia berkata.

Fahri memuncungkan bibir.

"Saya tahu awak nak bukak butang baju saya sebab panas." Amirah berkata selamba.

Dijelingnya Amirah.

"Saya saja nak kacau awak. Itu kan hobby saya?" Amirah tersenyum nakal.

Fahri mengeluh. Apalah nasib dapat isteri yang suka buli kau.

Amirah menanggalkan butang pada pajama dia lalu menanggalkan baju dia sekaligus. Dia sekarang sedang memakai seluar dan baju dalam sahaja. Kemudian dia melemparkan diri dia ke atas katil.

"Panas." Dia berkata.

"Tak senonoh. Esok pagi nenek tengok awak camni, mengucap dia." Fahri menegur Amirah.

"Hmm."

"Siapa suruh awak bawak baju tidur yang tebal tu? Dah tahu kat sini tak ada aircond."

"Ala, saya lupa la. Huhu."

Fahri memberi dia baju T-shirt yang baru ditanggalnya tadi.

"Thanks." Amirah mengambil baju tersebut lalu menyarungnya pada badan. Baju tu kelihatan labuh pada tubuh Amirah.

"Dahlah, jom tidur." Fahri berkata selepas tutup lampu.

"Heheh, mesti awak takut dengan saya, kan?"

"Hm." Memang pun.

"Kekeke, siapa suruh serang saya waktu tidur."

"Buat apa saya nak serang awak waktu tidur kalau saya boleh serang waktu awak sedar?" Fahri menggumam.

"Apa dia awak cakap?"

"Saya bersyukur atas kewujudan nyamuk." Fahri menukar topik. Kalau nyamuk tu tak muncul, apalah yang akan terjadi pada Fahri agaknya?

"Eleh, cakaplah camtu. Nanti Allah bagi awak demam denggi baru tahu." Amirah berkata.

"Awak nak saya demam denggi ke?"

"Tak nak. Semoga dijauhkan."

"Tahu pun. Tidurlah."

"Yelah nak tidur la ni."

"Tidur tidur."

"Shh."

"Tidur."

"Zzz." Amirah buat-buat tidur.

Beberapa detik kemudian mereka betul-betul tidur.

🐞

just curious:
so far korang ada favorite chapter ke? hehe

thanks for reading

C | CuddleWhere stories live. Discover now