62 - irsyad & girlfriend

19.1K 1.9K 337
                                    

"Muka dia macam Aidan doh."

"Mana ada, macam Kak Mirah la."

Bertekak la dua beradik tu sesama sendiri, berdebat tentang muka Zennirah ikut siapa.

"Amal dah habis belajar, ork?" Amirah bertanya soalan random kepada adik iparnya.

"Dah! Bulan 9 nanti saya graduate wihiii." Balas Amalia dengan ceria.

"Wihii~ pastu kahwin, eh?" Amirah mengusik.

"Eh?" Amalia tergelak.

"Ehem." Akmal berdehem.

"Kahwin?" Fahri bertanya dengan terkejut.

"Yelah, macam abang Aidan kahwin dengan Kak Mirah lepas dia habis belajar." Selamba Amalia berkata.

"...Dah ada calon ke?"

Kemudian semua orang tertawa dengan soalan Fahri tadi. Apa yang kelakar entah. Soalan itu dibiar sepi tidak terjawab.

🌵

Rasa macam dah berkurun lama Fahri tidak main game sejak kelahiran anak sulungnya.

onz malam ni jom

Disebabkan mesej dari Irsyad tu, terduduklah Fahri di hadapan komputernya, tangan giat mendetak keyboard.

Matanya sekilas memandang jam; 2 pagi. Sejurus itu Fahri menanggalkan headphone dan mula mengira dalam hati.

1, 2, 3.

"Uwaaaaa!!!" Bunyi Zennirah menangis kedengaran dari bilik tidurnya. Beberapa saat kemudian, sunyi. Waktu ni mesti Amirah sedang memberi susu.

Begitulah rutin hidup seorang Zennirah. 10 malam tidur, 2 pagi terbangun. Minum susu jap. Tidur balik. 7 pagi bangun balik. Sistematik sungguh! Fahri could never.

Tapi hari ni lain sikit. Selepas senyap selama beberapa minit, Fahri terdengar bunyi pintu bilik terkuak lebar.

"Ri." Sepatah Amirah memanggil nama Fahri dalam suara separa sedar.

Jantung Fahri mula berdebar, dia menoleh dan seperti apa yang dijangkanya, Amirah sedang mendukung Zennirah dalam tangan.

"Main dengan dia, Ri. Saya mengantuk, nak tidur."

Fahri mengerutkan kening, "Saya ada tournament."

"Saya pun ada tournament dalam mimpi." Amirah menjawab.

"Ala..." Fahri membantah dengan perlahan.

"O—" Amirah berkata sambil menyorokkan sebelah tangannya belakang badan.

Fahri turut sama, "—som!" Secara serentak kedua-dua suami isteri itu mengeluarkan tangan mereka.

Fahri - batu
Amirah - air

Satu senyuman terukir di wajah Amirah, "Omo, tengok tu, Jennie! Malam ni daddy nak main dengan Jennie la hehe." Amirah mencium pipi Zennirah kemudian menghulurkannya kepada Fahri. Dengan berat hati Fahri mengambil dia.

"Bye, love you two." Sempat Amirah menghadiahkan flying kiss sebelum dia pulang ke bilik tidur.

Fahri mengeluh kecil. Wajah anak kecil dipandangnya lama. Tangan Zennirah mula mendarat di pipi Fahri.

C | CuddleWhere stories live. Discover now