78 - reunion

15.4K 1.8K 250
                                    

"Saya nak ikut. Boleh?"

Fahri terhenti mendengar permintaan sang isteri.

Sejujurnya, Fahri tak mahu isteri dia ikut. Tapi dia tahu mesti susah nak bagitahu sebab Amirah keras kepala.

"Ehem." Fahri melegakan tekak, "Awak rehatlah kat rumah... Jaga Zennirah."

"Saya nak keluar! Bosan duduk rumah." Amirah merengek.

Haih, satu keluhan dikeluarkan Fahri. Dia tahu dia akan kalah dalam pertelingkahan ni tapi dia cuba jugak menolak permintaan Amirah, "Bosanlah kalau awak datang reunion kelas saya. Awak nak cakap dengan siapa?"

"Saya janji saya behave. Saya duduk diam je."

Fahri mengetap gigi. Ada 1001 asbab kenapa dia tak nak bawak Amirah ke reunion kelas dia waktu sekolah...

Amirah mula menggunakan taktik guilt trip, "Awak malu eh nak tunjuk kat kawan-kawan awak yang saya isteri awak?"

Kening dikerutkan, "Mende awak merepek?"

"Yalah, isteri awak bimbo. Bukan macam isteri orang lain, pandai-pandai belaka."

Konteks bimbo; perempuan cantik tapi bengap.

Fahri tak rasa marah dengar tuduhan Amirah tu, sebaliknya dia rasa geli hati.

"Kenapa awak senyum? Betullah awak anggap saya ni bimbo?!" Amirah terkejut dengan reaksi Fahri.

Senyuman Fahri diluaskan, "Sedar diri rupanya."

"Hm, mestilah! Saya sedarlah saya ni bodoh." Nampak peluang lebih besar, Amirah mula gunakan taktik merajuk pulak.

"Bodoh-bodoh la comel."

"Oh my- Awak langsung tak nak nafikan yang saya ni bodoh?"

Entah apa yang Fahri terhibur sangat. Dia teruskan tawa sambil dia mengambil tuala untuk mandi.

"Hei, nak pergi mana?! Discussion kita tak habis lagi!" Amirah cuba menghentikan Fahri.

"Awak tak boleh ikut. End of discussion."

"Alaa! Bagilah saya jadi spy!"

Baru sahaja Fahri mahu masuk ke dalam bilik air, niatnya terbantut mendengar kata-kata Amirah.

"Spy?"

"Nanti awak pergi reunion, mesti awak nak usha classmate yang awak pernah minat tu. Pastu, pastu, awak mesti nak borak dengan dia..." Amirah akhirnya memberitahu niat sebenar kenapa dia terdesak nak ikut.

Lama jugak Fahri terfikir pasal orang yang Amirah maksudkan. Selepas beberapa detik, barulah dia tahu jawapannya.

Perasaan bila partner jealous tengok kita dengan orang lain ni sebenarnya perasaan yang membanggakan. Tapi Fahri sedar benda tu tak elok dilanjutkan sebab nanti Amirah rasa anxious je. Dan dia pun tak patut rasa terlalu gembira bila Amirah rasa cemburu.

Satu keluhan berat dikeluarkan Fahri sebelum dia berkata, "Saya hampir lupa pasal orang yang awak maksudkan. Tapi kalau benda tu buat awak insecure, then fine. Ikutlah. Cuma saya dah warning awal-awal, banyak sebab kenapa saya tak nak awak ikut." Mood suami ceramah isteri dah datang.

Amirah terkedu. Serious betul intonasi dia. Selepas mengangguk bersetuju dengan warning Fahri, akhirnya Fahri masuk ke bilik air untuk mandi manakala Amirah bersiap untuk diri dan anaknya.

🐯

Fahri fikir Amirah ni siapa? Amirah ni social butterfly la! Walaupun dekat majlis senior yang dia tak rapat, dia boleh jadikan semua orang best friend. Tak adanya dia nak bosan.

C | CuddleWhere stories live. Discover now