18 - moody

33.1K 2.3K 75
                                    

Entah kenapa hari ini aku excited sangat-sangat nak balik rumah. Bila aku dapat habis kerja awal hari ini, lagilah bertambah happy aku.

Selepas aku letak kereta di perkarangan rumah, aku berlari-lari anak ke arah pintu. Kasut kerja Fahri sudah tersusun di rak kasut menandakan yang dia sudah berada dalam rumah.

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam seraya masuk rumah.

Fahri tiada di ruang tamu. Jadi aku pergi ke bilik dan ternampak dia sedang terbaring di atas katil membelakangi aku.

"Fahri.." Aku memanggil dia.

Tanpa pandang belakang, dia membuat bunyi, "Hmm?" Aku dapat rasakan perasaan annoyed wujud dalam nadanya.

Aku terkedu seketika. "Takde apa. Sorry kacau awak tidur."

Dia tidak balas. Aku perlahan-lahan duduk di penjuru katil sambil menanggalkan tudung dan bersiap sedia untuk mandi. Aku mahu bertanya sama ada Fahri dah mandi atau belum tapi aku melihat dia masih berpakaian kerja. Aku tak jadi tanya.

Apa yang membuatkan dia penat sangat sampai tertidur lepas balik kerja? Kasihan pulak aku tengok suami aku ni. Tapi sejujurnya aku sedih sikit. Sebab sekarang energy aku dan dia sangat kontra. Tak pasal-pasal aku sekali terikut murung bersama dia walaupun pada awalnya aku excited.

Aku mengeluh kecil. Lebih baik aku takyah pikir sangat pasal benda ni. Aku bangun untuk mandi kemudian ke dapur untuk masak memandangkan hari ini giliran aku sediakan makan malam.

🍚

"Fahri, saya dah masak. Jom makan sama-sama." Aku menggerakkan tubuhnya lembut.

Dalam keadaan masih tidak mahu memandang aku, dia menjawab,"Makan dulu. Nanti saya makan."

"Oh, OK.." Terkedu kali kedua. Nampaknya memang hari ini hari murung dia kot.

Kemudian dengan sendunya aku makan sorang-sorang. Malam ni malam Jumaat. Selalunya malam Jumaat lah malam aku banyak lepak dengan Fahri. Berborak tentang kerja, gosip, main game, tengok movie dan sebagainya. Tapi nampaknya malam ni akan menjadi sunyi.

Maghrib dan Isyak berlalu dengan cepat. Aku hanya mampu melihat dia solat seorang diri memandangkan aku uzur.

Akhirnya waktu tidur tiba. Aku tak nak tidur. Tapi disebabkan tak tahu nak buat apa, tidur jelah pilihan aku.

Aku tidur tanpa bercakap dengan Fahri. Hmph, kisah apa aku. Kalau nak marah, marah sorang-sorang la. Tak payah libatkan orang lain. Ish.

Kan sekarang aku dah emosi. Hm, tergamak dia layan aku camni. Dia sayang aku ke tak sebenarnya.

Mungkin ada orang buat mood dia rosak hari ni.
Mungkin dia penat.
Mungkin hari ni tak berjalan seperti apa yang dia nak.

Hah, aku mengeluh. Kesiannya laki aku tu. Sepatutnya aku sebagai isteri ni yang kena comfort dia.

Tanpa aku sedar, air mata aku mula mengalir. Aku pun tak tahu kenapa aku menangis.

Aku baru je nak lap air mata, pintu bilik kedengaran terbuka. Aku pun apa lagi, pura-pura tidur la jawabnya.

"Amirah..?" Fahri memanggil. Aku diam. Shh, aku tengah tidur!

Aku baring mengiring membelakangi dia. Fahri baring di sisiku di atas katil, "Saya tahu awak belum tidur lagi."

Hati aku mula berdebar.

"Awak terasa dengan saya ke?" Dia menyoal.

Sikitlah.

"Awak menangis ke?" Dia menyoal lagi.

Camne kau tahu?

"Takdelah." Aku menafikan. Alamak, aku telah gagal dalam misi pura-pura tidur aku.

"Kalau awak tak menangis, boleh awak pandang saya?"

Aku menelan air liur. Aku cepat-cepat mengelap muka aku yang basah secara sembunyi. Lalu aku menukar posisi baring aku menghadap ke arah dia.

Muka dia dekat sangat. Mata kami saling bertentangan.

Dia mengusap pipi aku dengan ibu jarinya.

"Saya minta maaf sebab libatkan awak dalam masalah saya."

"Tak apa." Aku mengalihkan mataku dari terus memandang dia.

"Saya mengaku saya jahat sebab buat awak terasa dan menangis."

"Hm." Lah, dia tahu rupanya aku menangis.

"Awak maafkan saya boleh?"

"Awak tak salah apa pun. Mood swing tu perkara biasa."

"Amirah."

"Ye?" Aku memandang semula mata dia.

"Awak maafkan saya tak?"

Aku menggigit bibir. Terdiam sebentar lalu menjawab, "Ye, saya maafkan."

"Saya pun mintak maaf sebab tak cakap dengan awak." Aku menyambung.

Fahri tersenyum. Dia baru saja mahu cium dahi aku sebelum aku menghentikannya dengan tanganku.

"Awak kena cerita kenapa awak moody. Awak takleh pendam sorang-sorang! Saya ada kat sini sebagai isteri yang prihatin dan bersedia untuk dengar semua masalah awak."

Fahri tergelak, "Boleh saya cium awak dulu?"

Aku mengangguk. Fahri mengucup dahiku, "Selamat pulang, Amirah. Dan happy weekend."

Aku turut sama tersenyum, "Ye, awak pun sama. Awak dah makan belum?"

"Dah."

"Sedap?"

"Sangat."

"OK, sekarang, spill the tea."

"Sukanya gosip."

"Mestilah. Siapa je tak suka?"

Fahri tergelak lalu membuka cerita.

C | CuddleWhere stories live. Discover now