pov

10.8K 822 45
                                    

Fahri suka strawberry. Fahri suka main game. Fahri suka Amirah.

Kalau macam tu, Amirah suka apa?

Ada terlalu banyak benda yang Amirah sukakan. Dan Fahri suka perhatikan perkara-perkara yang diminati sang isteri itu.

Amirah suka makeup. Walaupun dia tampak masih cantik dan bermaya tanpa apa-apa makeup, tetap dia sukakan makeup. Katanya itu dah jadi hobi dan rutin penting bagi dia. Fahri tak merungut. Malah dia suka apabila Amirah minta pendapat dia tentang warna yang patut dia pilih untuk eyeshadow, blusher, lipstick, semualah (walaupun most of the time Amirah tak amik pun pendapat Fahri).

Kedua, Amirah suka K-Pop. Fahri dapat tahu betapa fanatiknya dia terhadap satu group bernama NCT. Fahri tahu serba sedikit tentang K-Pop, selalunya satu group ada 4-9 orang average, tapi first time dia dengar group berpuluh-puluh orang macam NCT. Macam AKB48. Pulak, apa tu?

Setiap kali Fahri tanya nama member yang Amirah paling minat, pasti akan bertukar setiap kali ditanya.

"Huh, of course la Mark Lee."

"Ya Allah, saya nak kahwin dengan Chittaphon Leechaiyapornkul." Jawapan ni buatkan Fahri rasa tercabar dengan seorang lelaki Thai.

"Winwin! Kenapa dia comel sangat eh?"

"Yuta ni gila handsome macam ikemen betul."

"Jeeeeenooooo!"

Sampai ke sudah Fahri tak pernah tahu siapa bias sebenar Amirah. Selain itu Amirah banyak jugak layan girl group. Amirah selalu ajak Fahri tengok show girl group. Dalam banyak-banyak tu Fahri paling ingat Sana dari group TWICE. Sebab dia cute. Dan perangai dia macam Amirah sikit.

Ketiga, Amirah tak pernah cakap tapi Fahri sedar betapa sukanya Amirah pakai seluar jeans. Bermacam-macam jeans berlainan warna dan cutting style yang dimiliki Amirah. Sejak kahwin, Fahri dah larang Amirah pakai skinny jeans luar rumah. Dalam rumah je boleh, Amirah pun akur saja.

Memanglah Fahri akan larang. Hot gila kot Amirah pakai skinny jeans??? Biarlah itu bagi tatapan Fahri seorang sahaja.

Keempat, Amirah suka skinship. Fahri syak love language Amirah ialah physical affection. Kalau boleh setiap masa dia nak berkepit dengan Fahri, berada dalam dakapan Fahri setiap masa. Waktu berjalan ke, bila-bila ke, walaupun berlingkaran jari pun Amirah nak jugak. Setiap hari tak sah la kalau sekeliling wajah Fahri tak ditaburi dengan ciuman dia.

Cakap pasal love language, Fahri terfikir jugak apa dia punya love language. Mungkin quality time dan acts of service kot. Kalau dia nak tunjuk dan rasakan sayang dan cinta orang lain, dia tak pernah percaya pada kata-kata. Semestinya meluangkan masa dengan orang lain dan melakukan sesuatu kepada orang lain lebih dari apa yang diperlukan, bagi Fahri, itulah bukti cinta sejati.

Eh, kenapa tiba-tiba cakap pasal Fahri ni? Ini pasal Amirah!

OK, next. The things that Amirah like — matahari dan awan. Berbeza dengan Fahri yang sukakan malam dan kegelapan, bulan dan bintang.

Amirah suka cerita hantu walaupun dia pengecut. Dia jugak suka genre romance. Setiapkali Fahri recommend dia tajuk anime atau manga, Amirah akan tanya dulu, "Ada romance tak?"

"Romance tu tak penting."

"Pentinglah! Tanpa romance, hidup ni tak menyeronokkan!"

Apalah. Kenapa perempuan suka sangat kisah cinta? Tak boleh ke dorang rasa seronok tengok fighting scene? Ninja War? Sports Day showdown?

Kelima— eh, keenam? Apa-apa jelah. Amirah suka menggatal. Perlu ke terangkan pasal benda ni?

Selain itu Amirah suka kopi. Bunga. High heels. Dia semestinya tak suka membaca. Dia tak suka kucing, tapi dia suka main dengan kucing. Huh, pelik. Fahri sendiri tak boleh brain bila Amirah bagitahu macam tu.

Dia suka kek dan pastri. Dia jugak suka kat diri sendiri. Narcissistic, dia tahu dia cantik. Tapi Fahri tak salahkan dia.

Amirah suka perkataan 'husband'. Kalau boleh satu dunia dia nak bagitahu betapa Fahri ni husband dia. Bukan suami. Husband.

Kat kedai kasut, "Hi, husband saya nak cari—"

Kedai buku, "Kalau saya dan husband nak tukar—"

Kedai air, "Husband saya  dah order lama dah tapi tak sampai lagi—"

Husband itu, husband ini. Fahri tak merungut. Dia suka rasa dibanggai macam tu.

Kalau nak dibandingkan dengan Fahri, perkara yang disukai Amirah sangat luas. Endless.

Paling penting, dan at the top of the list, ialah—

"Saya suka Fahri."

"Fahri, I have feelings for you."

"Ya Tuhan, aku cintakan Aidan Fahri!"

"Riri~ I love you today, and will love you tomorrow."

Hampir setiap hari, Amirah tak pernah gagal untuk ingatkan Fahri betapa dia teramat cintakan diri ini.

Fahri rasa lega. Lega yang hubungan ini bukan one-sided. Lega yang bukan dia sorang je letak Amirah paling tinggi dalam senarai dia — senarai perkara yang disukai dia.

❤️

a fahri pov as an extra chapter. hope u like it!

and wah, saya speechless baca komen korang semua dalam chapter epilog dan afterword :') words could not describe how i am grateful to each and every one of you. saya tak sanggup nak reply satu-satu, sebab semestinya saya tak ada masa, dan saya yakin words don't do justice. kalau saya balas dengan kata-kata saya tak akan dapat convey betapa saya hargai korang semua :(

i love you guys so much. i pray whatever you pray for me to come back to you. and whatever you pray for will always be answered by the Lord.

ok saya nak update flirt pulak. bagi habis semua benda dalam draft. hahaha.

bye!

C | CuddleWhere stories live. Discover now