14 - delete

33.8K 2.2K 153
                                    

"S-Saya pun tak tahu apa yang saya dah buat.." Mata aku tertancap pada komputer yang dibiarkan terbuka. Aku dapat rasakan panahan pandangan Fahri terhadap aku, sebab itulah aku tak mahu memandang mata dia. Bila-bila masa sahaja aku boleh diterkam oleh dia.

"Yang peliknya semua data game saya je yang terdelete. Lain-lain tu elok je." Fahri menyatakan fakta.

"Alhamdulillah." Aku ucap.

"Huh?"

"Yelah.. Alhamdulillah sebab kerja-kerja awak tak terdelete. Game je yang awak kena restart balik.." Aku sedar yang aku telah tersalah langkah dalam memilih ayat.

Fahri seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku baru katakan. "Awak nak cakap game saya tak penting lah ni?" Fahri bertanya.

"Mana ada saya cakap camtu."

Fahri hanya mampu mengeluh, lalu memandang aku lama. "Sorry, Amirah. Tapi saya rasa saya kena bertenang jap." Fahri meninggalkan aku keseorangan. Dia mengambil kunci kereta dan memandang aku semula lalu berpesan, "saya nak keluar jap."

Aku hanya mampu mengangguk.

Ah, aku dah buat dia marah! Aku tahu ni salah aku. Aku tahu yang dia dah luang hampir separuh kehidupan dia bersama aku dengan bermain permainan video dia dan aku dah sia-siakan semua usaha dia. Ahhhhhhh aku benci diri aku. Aku tak tahu apa yang aku dah buat. Aku pinjam komputer dia sekejap je tiba-tiba jadi camtu.

Haih, ini semua salah aku. Aku kena mintak maaf dekat Fahri.

Tapi, nak tunggu dia balik punyalah lama. Aku akhirnya tertidur di depan tv sambil menunggu kepulangan dia.

🎮

Aku terbangun apabila badan aku ditepuk lembut. Mata dibuka perlahan dan aku boleh nampak bayangan Fahri yang kabur.

"Bangun, tidur kat bilik." Dia berkata kepada aku tanpa intonasi.

Aku tersenyum, "angkatlah sayaa."

Dia diam lalu membuat benda lain. Senyuman di bibir lesap. Tak guna punya lelaki. Mata aku melirik ke arah jam dan terkejut bila tengok sekarang pukul 1 pagi.

"Hoi, lamanya awak kat luar. Awak buat apa ha?"

"Dating." Dia menjawab.

Aku mengecilkan mata, "maksud awak, dating dengan Irsyad ke?" Aku tersengih. Fahri tak menjawab.

"Ish, asyik jumpa Irsyad je. Luahkan masalah la tu." Aku merungut.

"Takkan saya nak luahkan masalah dekat awak kot?"

"Apa salahnya luah masalah dekat saya?" Sekarang kitorang tengah bergaduh pasal luahan masalah pula. Haih, pelik-pelik jelah.

"Yelah, camne saya nak luahkan masalah dekat awak kalau awak punca masalah tu muncul?" Fahri berkata dengan sarkastik.

Aku mengetap bibir. Fahri sudah on the way ke bilik. Sebelum dia masuk ke bilik dia berkata kat aku, "Saya nak tidur dah. Jangan lambat masuk kalau tak saya kunci. Lainlah kalau awak nak tidur sorang-sorang atas sofa tu." Dengan cara itu dia meninggalkan aku di ruang tamu sorang-sorang. Wah, Fahri versi lelaki lahanat pun boleh tahan cute jugak. Panas hati aku dibuatnya tapi at the same time adorable. Rasa nak cubit.

C | CuddleWhere stories live. Discover now