5 - home

44.9K 2.5K 194
                                    

Jam menunjukkan sekarang sudah pukul 2. Pagi.

2 pagi. Langit gelap terbungkam menemani aku sepanjang perjalanan aku balik ke rumah dari tempat kerja aku. Aih, lately kerja aku makin banyak sebab projek. Bila lahai nak habis projek ni. Aku penatla asyik balik lambat. Termasuk harini sudah empat hari aku pulang selepas pukul 12 malam.

Apa yang lagi menyedihkan, Fahri selalunya sudah lena waktu aku balik. Ermmmm sedihnya aku tak dapat makan malam dengan dia. Agaknya dia lonely tak macam aku?

Selepas aku sampai halaman rumah dan memarkir kereta, aku segera masuk. Bukan main terkejut aku apabila melihat Fahri khusyuk sedang main game lagi di komputernya. Laki ni tahu ke tak sekarang pukul berapa?

Dia mengerling matanya ke arah aku, tanpa ada usaha untuk menghentikan permainannya.

"Hai." Aku menyapa dia. Fahri tidak menjawab sebaliknya dia meneruskan permainan video. Laki tak guna. Aku mencebik lalu berkata, "Fahri jahat."

Fahri terdengar kata-kata aku walaupun dia memakai headphone. Dia menanggalkan headphone dia kemudian memandang aku. Tiada perkataan dikeluarkan, hanya mendepakan tangannya, memberi isyarat supaya aku peluk dia. Aku tersenyum lembik lalu cepat-cepat aku membalas pelukan dia. Dakapan dia sentiasa buat aku rasa selamat dan selesa, seakan-akan aku tiada masalah langsung selagi aku berada dalam pelukan dia.

"Solat dan makan?" Fahri bertanya selepas mencium ubun-ubunku. Dia mengusap-usap belakangku, sekali sekala dia mengurut sedikit bahu aku dengan lembut. Huaaa camne dia tahu aku perlukan semua fan service macam nii? Aku bersyukur sangat aku kahwin dengan dia.

"Dah." Aku menjawab pertanyaan dia. Mata aku dipejamkan, kepala aku direhatkan di bahu dia.

"Pergilah tidur dulu. Saya ada match." Fahri berkata sambil melihat skrin komputer.

"OK." Aku membalas lalu aku baring di riba dia. Aku tahu itu bukan apa yang dimaksudkan dia, tapi nasiblah. Entah kenapa aku penat sangat hari ini.

Fahri tidak endahkan aku dan meneruskan 'match' dia tu. Siapa lahai yang masih hidup malam weekday ni selain laki aku. Banyak betul tenaga dorang.

Semasa diri aku berada dalam keadaan separuh sedar, detakan pada keyboard dan mouse sahajalah benda yang aku dengar. Kadang-kadang kepala aku akan diusap Fahri, mungkin ketika itu dia sedang tunggu game dia loading. Tak lama selepas itu aku tidur mati.

Pada paginya aku bangun di atas katil. Pelik jugak aku camne aku boleh ada kat sini. Fahri di sisi aku masih nyenyak. Digit 5:34 berwarna merah pada jam digital jelas terpampang waktu sekarang. Aku menggeliat untuk melegakan sedikit badan aku yang lenguh. Mungkin Fahri yang membawa aku ke sini.

Terfikirkan tentang itu membuatkan aku tersenyum seorang lalu aku memeluk Fahri yang tidak sedar itu. Sikit je lagi masa nak azan subuh, biarlah aku cuddle sekejap dengan suami aku dalam masa yang singkat ini.

C | CuddleWhere stories live. Discover now