81 - kejutan

14K 1.6K 275
                                    

"3 hari lagi."

Fahri menjegilkan mata, "3 hari?"

Bos mengangguk, "Last minute sangat, kan? Tapi nak buat macam mana ikut jelah cakap client."

Apa bendalah kau dah jadi bos pun masih nak menurut semua permintaan tak masuk akal client.

3 hari lagi dia kena pergi ke tempat jauh selama sebulan. Dalam masa 3 hari tu jugak dia kena bagitahu Amirah pasal benda ni.

Keputusan meeting tu buat Fahri sangat longlai, dia tak ada daya nak teruskan kerja. Nasib baik pukul 5 petang tiba dengan cepat.

Tapi, balik rumah pun Fahri tetap kena bagitahu isteri dia pasal tu...

🍱

Terkejut Fahri tengok meja makan penuh dengan bermacam-macam masakan lauk pauk Amirah. Ya, tahu Amirah balik awal hari ni tapi... what's the occassion? Rajinnya masak banyak-banyak?

"Um..." Fahri cuba nak bercakap tapi dipotong isterinya.

"Hai, Fahri! Welcome home!!! Jom makan." Tersenyum riang Amirah sambil membawa periuk nasi keluar dari dapur.

Fahri melonggarkan tali lehernya. Betul dia lapar dan terliur melihat masakan Amirah, tapi dalam minda masih tertanya-tanya tarikh penting apa yang Amirah tengah sambut sekarang.

Birthday Amirah? Lambat lagi. Birthday Fahri? Lambat jugak. Birthday Zennirah pun lambat lagi. Anniversary? Belum lagi. Tarikh confession? Tarikh first date? First kiss? Graduation? Eh, tiber.

Tak faham betul kenapa perempuan suka sangat ingat tarikh-tarikh macam ni.

"Amirah, hari ni hari apa?" Malas mahu main teka-teki, Fahri mengambil risiko besar untuk tanya je. Hari dia dah cukup memenatkan untuk dia berfikir lagi.

"Hm? Jumaat." Amirah menjawab selamba sambil mencedok nasi ke dalam pinggan Fahri. Zennirah yang sedang duduk dalam baby chair diam saja menunggu ibu suapkan makanan.

"Bukan... Um, kenapa awak masak banyak-banyak ni?"

"It's a special day today, Fahri." Amirah tidak boleh menyorokkan senyumannya yang kian melebar. Berdebar Fahri dibuatnya. Agaknya apa yang special sangat sampai buat Amirah macam ni? Hari ni hari Fahri langsung tak special dan langsung tak layak diraikan.

"Special apa, awaknya?" Fahri menongkat dagu dengan tangan.

"Cubalah teka~"

Ah, sudah. Kalau Fahri salah teka ni mahu jadi bahan gaduh.

"Ni, kan?" Fahri cuba nasib.

"Apa dia?" Amirah tersenyum nakal.

"Hari... Hari pertama awak jumpa mak ayah saya—"

"Salah!"

"Hari Zennirah dapat jalan?"

"Salah!"

"Amirah, saya sumpah tak tahu. Saya sorry—"

"Tak apa, Fahri. Memang awak tak tahu pun."

Fahri mengetap gigi. Nampaknya tak ada rezeki la dia nak menjamah semua makanan ni.

C | CuddleWhere stories live. Discover now