84 - love language

14K 1.9K 287
                                    

5 petang, Amirah hanya menatal skrin phone pada paparan perbualan dia dengan Fahri. Sepanjang hari mereka duk saling hantar selfie. Sorang tu takde caption, sorang lagi ber-caption dengan nama aktiviti dan ucapan rindu. Terselit juga gambar Zennirah dihantar si isteri dan sticker kemurungan dihantar si suami.

Selepas penat tersenyum sorang-sorang, Amirah hanya menunggu.

Tunggu.

Dia sedang menunggu.

Menunggu...

Phone dia berbunyi. Nama Riri ♥ terpampang pada skrin. Terus je dia angkat.

"Riri!"

"Mir."

"Miaw miaw miaw!"

"Mmm, miaw miaw."

"Miaw ah?"

"Ha ah, miaw."

"OK, cepat cerita."

"Cerita apa?"

"Macam mana presentation awak?"

Fahri tertawa, "Saya dah bagitahu tengah hari tadi, kan? Awak pulak? Buat apa hari ni?"

"Ish, Riri. Awak dulu. Ceritaaaaa."

"OK je. VIP ada puji."

"Oh my! Sungguh?"

"Ya, and then... Hm. Itu jelah, Mirah. Takde apa sangat. Tapi lega dah lepas."

Amirah tak boleh menyorokkan kegembiraan dia buat suami, "Fahri, good job! Nanti ada final presentation sebelum awak balik sini, kan?"

"Ha ah, tapi saya tak nak fikir dulu pasal tu. Awak buat apa hari ni?" Terus Fahri tukar topik.

"Takde apa. Saya tengok TV dengan Zennirah je, Rir."

"Baguslah."

"Malam nanti awak nak buat apa?"

"Qada' tidur."

Amirah memuncungkan bibir, "Alaa."

"Asal?"

"Nak tengok movie dengan awak."

"Hahaha, esok la Mirah. Saya penat. By the way, awak tahu awak kena buat apa Ahad ni?"

Lagi panjang muncung Amirah, "Ya, tahu..."

"Ini untuk kebaikan awak, Mirah."

"Ya, tahu, Fahri. Jangan ceramah, please. Nanti saya masuk hospital lagi sebab telinga berdarah."

"Ceh. Dah siap packing baju belum?"

"Awal lagi. Ahad nanti saya packing."

"Hm, yelah. Saya baru sampai hotel ni. Nak mandi. Bye."

"Bye, Fahri. Love you."

"Hm."

Amirah mengeluh. Sedih malam Jumaat tak boleh nak luang dengan suami.

"Mirah." Abangnya Adib memanggil dari belakang.

"Apa?" Kepala Amirah ditolehkan.

"Jom malam ni wayang."

Mata Amirah terjegil. "OMG, jom! Cerita apa?" Senyumannya lebar.

"Batman."

"Nak!!! Eh, tapi..." Amirah hampir menjerit sebelum dia terhenti.

C | CuddleWhere stories live. Discover now